Sabtu, 15 November 2014

Hati Ini Milik Allah


 Assalammualaikum



Benar kata daripada seorang kenalan :

Bila kita susah
Berduyun lari

Bila kita senang
Berduyun iri hati

Hati-Nov 2014

Ya, bukan mudah untuk menjaga dan memuaskan hati semua orang . Kadangkala kita sendiri terpaksa menyakiti hati sendiri tatkala kerana terlalu menjaga hati orang. Sehingga adakalanya sampai pada satu tahap kita tidak ingin dan tidak mahu ambil peduli akan semua yang berlaku di sekeliling kita. Daripada hati ini lembut boleh menjadi sekeras-keras hati. T_T .

Di mana silap diri ini??? Bila berbuat baik dikatakan membodek & terlampau rajin . Bila berdiam diri dikatakan sombong tidak ambil peduli. Bila kita hanya menjadi pemerhati dikatakan kita ini menyebuk dan kononnya iri hati. Bila kita bersuara dikatakan kita ini hanya ........ Adakah daripada riak muka ini yang sebegitu? Yang membuatkan orang berprasangka buruk terhadap diri ini. Ketahuilah,bahawa sebenarnya diri ini tidak kesah langsung dan hanya memandang dengan pemandangan yang kosong . Tiada rasa iri hati atau sebaliknya . Hanya berlapang dada tatkala melihat kamu semua bahagia. Tersenyum dalam tangis di dalam hati indahnya jika diri ini juga begitu .

Puisi  dari Sahabat Hamiza Hamidi :

Rezeki.
Kadang perlu dilambai-lambai.
Kadang perlu dijaga-jaga.
Kadang perlu ditahan-tahan.
Kadang perlu disekat-sekat.
Kadang perlu dipilih-pilih.
Kadang perlu dikongsi-kongsi.
Menerima ianya sebagai rezeki kita; itu selalu. Yang baik itu Barakah. Yang kurang itu peringatan Lunas Kafarah. Menerima ianya rezeki orang lain; ITU merbersihkan jiwa-redha.
Kita boleh Ada semua. Tapi kita tak boleh Punya semua.
Bersenyum-berlapang dada-tenang.
Yang Ada semestinya yang terbaik.
Yang tidak menjadi Ada selalunya itu lebih baik.
Allah selalunya mendatangkan ujian bersama kekuatan.
Kerana itu Allah selalu berjanji; menggantikan yang terbaik.
Mungkin di mata pernilaian manusia,
Ianya bukan yang terbaik.
Tapi memandai Allah tahu tiap apa yang lebih cukup terbaik buat kamu.
Manusia yang selalu-bercakap belakang,
Berterima kasihla-kerana sentiasa membiarkan kamu di hadapan
Untuk mereka yang-menjatuhkan kamu,
Ingatla; Dunya itu berputar.
Dan; Tuhan itu bukan Penghutang.
November ke - 10, 2014.
Periuk Nasi.

Setelah membaca puisi daripada seorang sahabat. Hanya perlu maju kehadapan tidak perlu menoleh lagi. Fokus apa yang berada dihadapanmu sekarang. Manusia boleh berkata bermacam-macam tentang diri ini . Akan tetapi jangan biarkan orang itu menjatuhkan diri kamu dan bersorak kegembiraan tatkala melihat diri ini jatuh tersungkur. 

Manusia ini macam-macam
adakalanya lebih suka melihat kejatuhan manusia
daripada meilhat kebahagiaan manusia
 
Pesan ustaz : 

Baik ataupun buruk itu terletak pada diri kita sendiri.
Jangan zalimi diri sendiri untuk perkara-perkara yang boleh  merosakkan hati ini.

Jazakumullah Khairan Khathira
#CintaHatiBloggerku.
#Adakalanya perlu diluahkan daripada terpendam
#Motivate my self

1 ulasan: