Khamis, 25 September 2014

Apa itu Seni Pualaman ???

Assalammualaikum

Seni Pualaman? Untuk Lynn, baru pertama kali mendengarnya..hoho.. Belum layak lagi digelar pecinta seni sejati kerana masih ada lagi seni-seni yang Lynn tak tahu (SOB SOB SOB sadis betul) =,='' . 

Pesta Sungai Malaka yang berlangsung pada 24 May 2014 -hingga 23 June 2014. Lynn pun tak igt bilanya pertandingan melukis berlangsung.


If ada sahaja pertandingan melukis & mewarna pasti akan bawa adik2 Lynn untuk memasukinya pertandingan tersebut. Menang kalah lain cerita yang penting pengalaman . Adik-adik Lynn suka & minat! 

Untuk pertandingan kali ini. Memandangkan first time masuk pertandingan seni pualaman (dlm brocher say melukis&mewarna) bila tiba di tempat pertandingan seni pualaman. Mau tak terkejut adik-adik Lynn. Hahaha. (Tapi tak de sampai nak tarik diri-nebes jek)

Pertandingan hanya berlangsung selama 15 minit! Lukisan pualaman yg dihasilkan diadili oleh pelukis-pelukis terhebat tanah air .(Lynn xkenal tapi muka biasa pames masuk tb) grrrr =,=''

So...

Apa itu Seni Pualaman?

Lukisan seni pualaman ini adalah seni yang menggunakan cat minyak pelbagai warna yang akan dilukis di atas air yang telah disediakan di dalam bekas.

Alatan yang diperlukan :
  1. Cat, 
  2. Lidi(untuk menghasilkan corak) 
  3. Air ,
  4. Besen (ikut sukalah nak besar o kecik bergantung pada lukisan yang nak dihasilkan)
  5. Plastik ( alaskan pada bekas air agar cat tidak melekat pada bekas-jika mahu bekas itu bersih tak payah nak cuci2..hee) ,
  6. Kertas (apa-apa jenis kerta-A4 gred A pun dah boleh da )
Teknik seni pualaman :

1. Besen yang telah dibalut dengan plstik. Pastikan plastik itu melendur ke             dalam mangkuk besen supaya air boleh bertakung di dalamnya .
2. Cat minyak pelbagai warna dititiskan ke dalam besen yang berisi air
3. Lidi digunakan untuk mengacau untuk menghasilkan corak( ikut kreativiti     
    tersendiri)
4. Tangkupkan kertas A4 di atas permukaan cat/air dalam 3-5 saat sahaja dan  
    angkat.
5. Kemudian jemur dan siap :)

Kita layan gambar agar lebih memahami k: (my sis Alang & Ocu)

Warrna yang dibekalkan hanya 3 sahaja iaitu Biru,Merah dan Kuning. Hanya dua kali pecubaan sahaja. 


Corak yang dihasilkan. Hasil seni pualaman Alang.






Sayang masa dilukis di atas air cantik coraknya. Akan tetapi setelah ditekup pada kertas dan diangkat. Warnanya bencah. Seeloknya jangan titiskan cat minyk terlalu banyak agar corak yang terhasil nanti tidak kelihatan berat






Cat meleleh-leleh... frust si Ocu bila tgk hasil nya jadi begitu. 

Tak menang pun. Sedih je adik-adik. Tak pe yang penting dapat tau teknik seni pualaman yang sebenarnya. So if ada lagi len kali ley join. Dapat makan free . Hahaha :p


Seterusnya ialah lukisan daripada pelukis-pelukis tanah air (Sorry nama pelukis tak igt da) =,=''






Ok, sampai disini sahaja sedikit ilmu yang Lynn tau untuk dikongsikan mengenai seni pualaman.

Jazakumullah Khairan Khatira

1 ulasan: