Sabtu, 26 Julai 2014

Lemang Pandan In the house !!! :)

Assalammualaikum 

Hari tu! Aku ada habak mai pada korang semua JOM MAKAN LEMANG PANDAN . Jadi aku telah pun merasainya. Alhamdulillah. Sedap dan sangat-sangatlah berpuas hati ! Kita layan gambar sahaja lah ea . Cuci mata cuci perot. Kalau terliur, meh SINGGAH LEER di gerai Lemang Pandan berhampiran Petronas Lorong Pandan. Masih available lagi sehingga petang raya. Bukan setakat lemang sahaja yang ada. Malah rendang ayam dan rendang daging juga ada. Aku dah rasa juga rendang ayamnye. Sedap juga.! (Ini bukan omongan ya, ini kebenarannya) . Semuanya sedap. Ramai berpuas hati. :D




Request daripada Mak, katanya tak nak tunggu petang raya baru nak makan lemang. Petang raya, lain punye cerita. Baiklah mak. Kakak beli da pun. So , mak punye senyum . Alhamdulillah . Sedap sedap dan sedap... perot kami semua kecil-kecil . Jadi yang selebihnya ayah yang habiskan. Juadah lemang bersama rendang ayam habis ketika berbuka puasa itu juga. hehe.

Jazakumullah Khairan Kathira

Selasa, 22 Julai 2014

Jom Masak : Begedil Maggie untuk juadah berbuka puasa ataupun sahur :)

Assalammualaikum 

Masih berjaga lagi ataupun sudah lena diulik mimpi indah ? :)


Lynn nak cerita ni ,juadah berbuka yang simple. Sesiapa sahaja boleh membuatnya. Lebih-lebih lagi untuk orang bujang yang jenis malas nak masak yang berat-berat. Hii.. Kalau rajin itu dah kira bonus untuk diri anda kerana anda rajin :)

Ini dia Begedil Maggie / Bebola atau yang sewaktu dengannya . he. Comel x? Ayah Lynn igtkan cempedak goreng pada mulanya. Manakala ibu Lynn pula ingatkan cekodok . Haha.

Boleh dihidang bersama sos atau makan begitu sahaja :) .
Bahan-Bahan ( untuk 6 orang ahli keluarga) <--ahli keluargaku


  1. Maggie kari 2 bungkus (sudah siap direndam dan ditoskan, perencah maggie diasingkan dahulu, perencah akan dimasukkan ketika diadun nanti)
  2. Kentang 2 biji hendaklah dibuang kulit , diptong dadu dan direbus sehingga lembut kemudian ditoskan airnya (pastikan air yang panas tu xkena tangan or tunggu airnya sejuk)
  3. Bawang merah yang besar 2 ulas , bawang putih 3 ulas , cili padi 2-3 biji (jika mahu)
  4. Daun bawang dihirs halus-halus
  5. Telur 1 biji
  6. Tepung Gandum 1 mangkuk comel
  7. Tepung Jagung 1 mangkuk comel
  8. Garam
  9. Serbuk Black Paper ikut dan nak letak bayak mana (bergantung pada kesukaan masing-masing, kalau Lynn suka letak byk ) hu
  10. Nugget ayam yang telah  digoreng garing dan dipotong kecil-kecil ( Nak letak boleh tak nak letak pon boleh)
  11. Air
Cara membuatnya :

1. Bahan 2 dan 3 hendaklah dikisar terlebih dahulu
2. Setelah siap bahan 2 dan 3  campurkan dan gaulkan kesemua bahan daripada 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 dan 11 secara berperingkat-peringkat sehingga sebati.
3. Apabila siap dicampurkan dan digaulkan kesemua bahan. Bolehlah digoreng.



Hah! yang ini doh yang dah siap digaul  kesemua bahan-bahan tadi. Tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras . Molek-molek sahaja untuk dimasak.

 Juadah yang sangat simple kan . Makan bersama Nasi Goreng Cili Padi . Nyum Nyum :)


Selamat Mencuba dan makan =D


Jazakumullah Khairan Kathira

#Menu daripada adikku alang (teringin nak makan la tu. mana tah dia dapat resepi ini ) cuma Lynn ubah sedikit ikut citarasa Lynn dan 
#Sedap, makan bertambah2 malah mengenyangkan .

Isnin, 21 Julai 2014

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama

Assalammualaikum

Tajuk segmen ni best lah. Jom kita support segmen  Mummy ini pula . >_<
 


Klik SINI untuk join :)


Pengalaman Alynn Puasa & Kueh Raya



Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim. 

Apabila tiba musim ramadhan , Lynn lah yang paling semangat nak puasa dan raya .Seingat Lynn dan Mak pun ada cerita waktu Lynn baru mula-mula nak belajar puasa dahulu. Ketika itu, Lynn baru berusia 5 dan 6 tahun.  Alynn masih ingat lagi sewaktu ini bila tiba bulan puasa sahaja Alynn lah yang paling rajin nak puasa. Sebab apa, ayah kata kalau tak puasa tak boleh raya dan dapat baju raya . Puasa penuh sehari RM1 , kalau setengah hari 0.50 sen. Budak-budak kan suka bila diupah dengan duit. hehe. Tak senonoh kak Lynn , puasa sebab nak dapat duit puasa plus duit raya lagi . Ketika Lynn puasa diusia ini, mak selalu cakap  " Kalau tak tahank kakak mkn lah, puasa setengah hari " ayah tak marah pun. "Kakak kecik lagi" Tapi Lynn tetap berdegil. Kalau rasa tak tahan sangat Lynn akan tidur dan pergi kat peti sejuk. Sejukkan muka . hihi. Pada usia 7 tahun baru Lynn dapat puasa penuh. Upah duit puasa Lynn dapat sehingga Lynn Darjah 6 . Huhu 

Kueh raya pertama Lynn buat yek? Lynn belajar buat kek . Kalau buat kuih raya. Alhamdulillah Lynn pandai buat. Waktu itu Lynn berusia 18 tahun. Kali pertama mak ajar dan tunjuk cara buat kek  ,alhamdulillah menjadi sebabnya mak ada disebelah masa Lynn buat. Kalau salah mak tegurkan. Kali kedua Lynn try buat tanpa bantuan Mak. Apa yang jadi pada Kek Lynn tu tak masak-masak daripada tengah hari hingga malam. Malah macam gunung berapi mencurah-curah kek itu keluar dari loyang =,='' . Lynn tak cakap dengan mak pun yang kek tu tak masak-masak selepas 30 minit dibakar di dalam oven . Sehingga tiba waktu berbuka puasa, Mak tanye "Mana keknye kak ", Lynn takut nak cakap, cuma Lynn tersenyum sambil tersengih jek..heee . Bila respon Lynn macam tu, Mak dah faham dah mesti ada tak kena dengan kek yang Lynn buat tu. Bila mak tgk, Ya, Allah , Kakak!!! apa akak dah buat ni. Habis lecak dalam oven.  Mak tanye berapa banyak tepung penaik Kakak letak?? Lynn cakap ntah xngat. Banyak juga kot. Hihi.

Sampai sekarang kalau tiba musim ramadhan dan raya, kalau cerita pasal kek, Mak , bukan setakat Mak sahaja malah ayah dan adik-adik selalu perli tentang kek gunung berapi Lynn buat . T_T . Semua gelak besar kan Lynn . Sabor ja la . Sekarang Alhamdulillah Lynn dah pandai buat kek. Kek Kosong(Basic), Kek Pelangi, Kek Coklat, Kek Batik .

>_< terpanjang lah pula storynye..hihi >_<


Cara menyertai segmen insya-Allah senang saja:
1- Follow blog dan google+ mummy (Ann-zack Smile)
(Done ! #1609 & #157)
2- Buat entri bertajuk 'Segmen Puasa& Kueh Raya Pertama' (Done !)
3- Tinggalkan URL link entri anda di ruangan komen di bawah. (Done !)
4- Bonus: Sediakan perengan ringkas tentang pengalaman puasa atau kueh raya pertama anda, atau ceritakan tentang kedua-duanya sekali.  ~Optional~ (Done !)
5- Tinggalkan juga ukuran bahu anda dan saiz baju yang biasa anda pakai S, M atau L di ruangan komen atau dalam entri anda. Siapa tahu mungkin anda bertuah. ~Optional~
 (Done ! ukuran bahu 14.5 cm , size M)
6- Senaraikan juga belog ini, ke dalam blog list anda yang sedia ada. ~Jika ada
( Tiada)

Kebaikan menyertai segmen:

1. Menggalakkan blogwalking sesama peserta bagi menambah kenalan blogger dan rapatkan lagi ukhwah.
2. Total 30 Blog (dipilih secara rawak) akan di link di sini selama 3 bulan mengikut kategori (bermula dari hari pengumuman).
3. Akan mendapat Hadiah misteri berupa tshirt atau kemeja untuk wanita atau lelaki yang mempunyai referral tertinggi ke blog Macam² Ann untuk kategori Bonus.

Jazakumullah Khairan Kathira

MISSION : Ramadhan Blog Tour By Kaktus Oren

Assalammualaikum

Macam dah lama je xjoin segmen ..Hihi. Kali ini nak join mission Cik Oren comel loteh ni.
 





Klik SINI kalau tak dapat nak klik banner .heee

Ada masa lagi meh er memeriahkan blog Cik Oren ni.

Jazakumullah Khairan Kathira

Rabu, 16 Julai 2014

Majlis Persandingan 4 Pengantin < Abg Izab ♥ Kak Nora , Aizat ♥ Ezza >

Asalammualaikum

Malam ini entri kahwin-kahwin pulak . Opss!
Saya..(ayu lah konon-konon guna bahasa macam itu) di invite untuk jadi orang kuat majlis :P . Tak de lah kuat mana pun ..Saya ini penuh dengan lemah lembut dan kesopanan. Hahaha. Perasan kau Alynn O..O 

Back to normal lah ok, supaya entri ini nampak lebih sempoi dan bersahaja :D
Aku rasa kan entri kahwin-kahwin kali ini panjang daripada biasa. Banyak yang nak dicoretkan dan banyak yang nak diluahkan di entri ini. Mana tak nya 4 pengantin kot. Story panjang la -.-

Bismillahirrahmanirrahim ...
Kita mulakan dengan Majlis Pernikahan Abg Izab dan Kak Nora

Abg Izab dan Kak Nora bersama nenek ketika dirumah sebelum majlis pernikahan berlangsung


Setibanya di JAIM kami selfie dululah bersama pengantin dan adik beradik pengantin. hee


=,= muka masing masing macam nak mintak pelempang ajer .



Selfie bersama pengantin dengan monopoooood yang tgh hangit di pasaran >_<

Pergh! berejam-rejam menunggu saat pengantin diijab qabul kan ini. Bosan...dah bosan jemu pula..bila dah bosan+jemu, hausss lah pula. Lupa bawa air mineral -,- .Apa yang kau igt Alynn masa ini. Berangan lebih :p
9.00 pagi-11.00 pagi tempoh masa menunggu Tok Kadi

Pengantin-pengantin duduk berbaris
Duduk di hadapan adalah suami dan dibelakang suami adalah isteri.
Semasa ini ada 5 pasang pengantin yang perlu dinikahkan oleh Tok Kadi termasuk Abg Izab dan Kak Nora
Abg Izab dan Kak Nora adalah pasangan pengantin yang ke-2 . Allah... masa ini dah terasa bahang nervous + exited, seolah-olah seperti aku pula yang nak nikoh ^_^. Ambil mood orang nak nikoh ...teheeee~

Ehem-ehem, semestinya ada yang pelik kenapa nikoh di JAIM berwalikan hakim. Jangan fikir negative ya! Sebenarnya bakal isteri abg izab bukan orang islam. Kak Nora ialah orang Sabah yang menganut agama Buddha. Tetapi kini tidak lagi, Kak Nora telah melafazkan kalimah syahadah pada bulan ramadhan 2012. Semasa aku bekerja di Puchong ada beberapa kali ,aku temankan Kak Nora mengikuti kelas agama di USJ. Kak Nora sememangnya kerja di Puchong . Secara kebetulan kami tinggal dalam satu kawasan perumahan yang sama. Ok.Tak payah citer panjang2 kisah di Puchong. Kite fokus entri kahwin2. :p

Alhamdulillah...besar ganjaran pahalamu Abg Izab kerana telah membawa keluarga baru dalam agama kita. Iaitu Islam.Oleh itu, besar tanggungjawab abg Izab untuk mendidik dan mengasuh bakal isterinya ini.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Nora Binti Jimit sah menjadi isteri kepada Mohd Izab Bin Abu Bakar pada tanggal 9 Mei 2014 bersamaan hari Jumaat
Mabruk dan Barakahllah untuk pasangan pengantin
 Selepas ini majlis persandingan Abg Izab dan Kak Nora akan berlangsung sama dgn adik keduanya Aizat pada 8 Jun 2014 (Ahad) 

Selepas mereka selesai Nikoh , mereka bergambar di Kampung Morten Melaka. Pemandangan yang sangat cantik . Tapi sorry ha! xde gambar utk pic tersebut . Aku pun ada masa mereka outdoor . 
Busy jugak bergambor mengalahkan pengantin. Haha

Malamnya pula ada kenduri kesyukuran bagi lebih merahmati pernikahan mereka berdua . In Shaa Allah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang kita masuk part adik abg Izab pula, Aizat & bakal wife nya Ezza. 
Pernikahan berlangsung pada 6 Jun 2014 (Jumaat) selepas Asar. 

Huh! masa si Aizat ni nak nikoh , aku xdpt nak tengok, aku datang je rumah si cantik manis ezza, mereka ni dah selamat dah nikoh. Alhamdulillah. Sepatutnya pada hari ini aku ambil cuti . Tapi disebabkan aku khursus pemantapan kerja kat Keyel selama 3 hari 2 malam. Last day kursus jatuh pada hari Jumaat. So, habis je kursus , hantar barang kat rumah terus ambil kunci kereta ke sana =-=' . Ok juga, hari Jumaat sepatutnya aku cuti,so tak dapat cuti, aku anjak ke hari Isnin. hehe.

Selamat dah Nikoh . Sekali Lafaz sahaja
Mohd Aizat Bin Abu Bakar sah menjadi suami kepada Nor Ezzah Farahin Bin Azman :)
Boyz yang berbaju melayu hitam pengapit si lelaki. Gulz yang berbaju hitam tu pula pasangan si pengapit lelaki . teheeee~
Oit! Faiz after this kau dengan Azzah pulak yek . Dah ambil berkat nampaknye :D

Gambar outdoor selepas nikoh . So sweet :)

Malam berinai ^_^

 
Persalinan sebelum bersanding. Kalau dah cantik pakai apa pun cantik ^_^

So pretty women . Preety women deko deko na...pretty woomen ..ahaah.. hehe
Kalau x make up pun Ezza ni dah memang cantik ! 
(buka ayat menbodek haa)


Di hari persandingan :)




Ecah dan Ika bersama pengantin.
Yang bertudung hitam Bff Ezza .


Family Ezza .
Ezza Ank Sulong daripada 5 beradik .

Jom kita layan gambar outdoor pula. Jangan mara haa.. Kita suka tgk pic awok awok berdua. Background yang sgt cantik .. wuhuuuuu~


Aksi manje si isteri :p

Si suami pun nak bertudung juga ka? hehe


Bak kata Ezza , gambar ini captionnya "Berlari ke langit "
Langit mana tu Yunk?? Langit cinta ea? hu


Gelak sakan . Hati sangat bahagia sah suami isteri . :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai majlis belah perempuan. Sekarang tibalah masanya majlis bertandang ke rumah lelaki pula.
Kali ini barulah  betul 4 pengantin bersanding .huhu

Entri bergambar je lebih T_T ^_^

 Tema di pihak lelaki adalah songket. Wuhuuuu! mengembalikan nostalgia zaman ibu bapa Abg Izab dan Aizat berkahwin dulu2. Ini baru dikatakan tradisional ! Melayukan sememangnya sinonim dengan songket.
Merah delima : Abang Izab & Kak Nora
Hijau Zamrud : Aizat & Ezza


Abang dan adik sememangnya tinggi. Dapat isteri comel2 belaka. So sweet . hee :)

Selfie bersama sepuput sepapat mereka

Selfie...selfie ke ni ? -_- Layankan aja ..ni bersama member2 Aizat

Ini baru betul selfie ! cool ! sorry pic aku tak de. Aku masa ini tengah layan family aku makan :)


 no caption just hehe :)
 Ala..pecah pula gambar ini. So kecik ja la yek.
Parents Kak Nora daripada Sabah

Family mereka .
3 beradik sahaja. So lepas ni turn si puteri bongsu pulok yek. Tapi make sure habiskan degree psikologi dulu. Bagi laluan pada En. Mhh dan Kak Lin dulu .. kikiki


Selepas majlis, masing-masing pasangan pengantin pergi outdoor. Aku dah tentulah follow Abg Izab dan Kak Nora . Aku kan pengapit Kak Nora :p . Bukan aku je ada . Dah ada aku tentulah ada En. Mhh lagi merangkap driver dan pengapit abg Izab..haha.. tak lupe jugok photographeeeerrr  -_- . Kalau tak der die sape nak snap pic pengantin kan. 

Lokasi outdoor Abg Izab dan Kak Nora adalah area Masjid Selat dan Pantai Klebang ! Owesome !!! Tak sabar nak tgk album mereka if berkesempatan lah .. ~.~

Alhamdulillah..selesai juga entri ini. Dok terperok dalam draf daripada minggu lepas . Sikit sikit aku mengarang , upload gambau dan cuba mengingati kembali detik-detik manis perkahwinan mereka. Alhamdulillah. selesai juga. Kalau rajin baca. Kalau malas tengok gambau ajo. Tak nak cakap panjang dah tapi dah berjela-jela aku taip. Plisss stop ur hand now alynn! =,=''

Akhir sekali, tersangatlah seronok masa majlis perkahwinan mereka. Doa aku untuk mereka :

Semoga kehidupan mereka ini semakin diberkati dan diredhai Allah, Berbahagialah kamu dalam suka duka dalam menjalani liku-liku kehidupan alam berumah tangga. Untuk suami didiklah, bimbinglah isterimu menjadi isteri yang solehah dan diredhai Allah , agar layak bergelar bidadari mu di syurga kelak. Untuk isteri , patuhlah, setialah kepada suamimu kerana kini syugamu bukan lagi berada di ibumu. Kini berada di suamimu. Sekiranya kelak kamu semua mempunyai zuriat. Peliharalah,didiklah, bimbinglah zuriat-zuriatmu agar menjadi insan yang soleh dan solehah. Semoga berbahagia dunia dan akhirat .
            
Jazakumullah Khairan Kathira
:: Just smile when i write this entry. In shaa Allah, after this is my turn with      my future husband. Pray for us :)
:: Salah dan silap mohon dimaafi ~

Isnin, 14 Julai 2014

Mari Amalkan !

Assalammualaikum

Mari sama-sama amalkan setiap hari . :)


Jazakumullah Khairan Kathira

Program Profession Pemantapan Perguruan ! i'm still here :)

Assalammualaikum


Entri aku kali ini mengenai kerjaya aku sekarang. Bismillahirrahmanirrahim. 

Aku adalah PT Rintis Melaka
yang menggalas tanggungjawab dalam membantu meringankan beban tugas guru-guru
GD,GPM pada asalnya
Dan kini skop ini telah meluas pada GAB
So, GD,GPM dan GAB
Yelah guru-guru ini teramatlah banyak kerjanya 
Hadirnya kami , perjawatan ini adalah rungutan daripada guru-guru yang terbeban dengan tugas2 mereka selain sibuk dengan P&P mereka terpaksa sibuk dengan urursan pentadbiran juga
Tapi kini tidak lagi
So, guru-guru boleh fukus dengan P&P sahaja. :)

Yang dahulu kami dipanggil PT RINTIS dan kini kami mendapat gelaran baru PT NBOS.
NBOS???
Macam besapangkatnya BOSS. HEHE.
Tak lah..sebenarnnya NBOS ialah National Blue Ocean Strategy (NBOS)
dalam bahasa Melayunya Stategi Lautan Biru Kebangsaan. 
Gred kami hanyalah N17
Walaupun begitu jagan dipandang kami ini seperti tak berpelajaran seperti guru-guru yang berpindidikan tinggi
Majoriti kami mempunyai Diploma dan Ijazah cuma kami tidak bernasib baik seperti guru-guru
Rezeki kami menjadi pembantu guru
Itu pun kami tersangatlah bersyukur.

Bagi yang berkecimpung dalam bidang pendidikan mesti mereka tahu mengenai Program Profession Pemantapan Perguruan(PPPG) Oleh itu, mari sini aku bagi intro bagi yang baru hendak mengenali PPPG ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius masalah berkaitan bebanan tugas guru yang sering diwar-warkan oleh para pendidik dalam pelbagai media. Bagi mengesahkan keadaan ini, KPM melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menjalankan kajian berkaitan baru-baru ini meliputi berbagai aspek dan klien.

Adalah diharapkan agar dengan kajian rintis yang dijalan ini akan memberikan impak positif kepada sekolah khususnya warga pendidik dalam usaha mengurangkan bebanan tugas sedia ada agar mereka dapat menumpukan kepada kecemerlangan P&P di sekolah.

Oleh itu, Melaka terpilih untuk negeri rintis PPPG ini. Seramai 313 orang telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) gred N17 pada 19 November - Disember 2012 sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Masjid Al-Azim, Melaka. Seterusnya baru diikuti dengan COS sehinggalah sekarang. 

Selain PT(P/O)N17 , Juruteknik pun ada juga. Aku tak igt jumlahnya berapa...around 30-60 orang tak silap aku. Juruteknik ini bertaraf jawatan tetap . Mereka lebih bertuah. 1 Juruteknik kena jaga 3-4 buah sekolah.

Masa ini,semasa dapat surat tawaran hati aku berdebar-debar adakah benar keputusan yang aku buat ini. Bagi notis berhenti kerja 2 minggu awal kepada bos. Buat solat hajat, solat isthikorah , mohon petunjuk dari Allah . Moge di tetapkan pendirian aku . Sama ada bekerja di Puchong ataupun pulang berkhidmat di Melaka. Ini yang aku tunggu-tunggu untuk pulang berkhidmat di negeri sendiri setalah hampir setahun aku bekerja di Puchong ,Selangor di sesebuah syariat sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan. 

Aku tidak tagu-ragu. Ini adalah keputusannku. Pulang ke tempat lahir lagi dikenang. Cewah! hehe~
Daripada cerita aku ini macam lah jauh bebenau aku merantau. Selang dua negeri je pon. Melaka-Selangor. Selangor Melaka. Anak Mak Ayah T_T .

First time, aku kerja di sana macam terkena kejutan budaya . Teringin nak keluar daripada Melaka. Bila dah dapat... T_T ... Aku ni dah lah tak pernah duduk bandor. Kejutan budaya lah jawabnya. Sebulan juga lah aku nak biasakan diri dok bandor ni. 1 minggu baru aku dapat hafal jalan pergi dan balik kerja dengan jalan raya yang berselirat buat aku rimas. Aku bukan kaki merayap. Pergi kerja balik kerja. Tu je. -_-

Macam sudah tersasar jauh daripada tajuk je. Ok kembali ke alam nyata. teheeee~ T_T

Aku pegang kata-kata mak aku, 

Rezeki ada dimana-mana yang penting USAHA, Jangan sesekali mengeluh dengan kerja yang kita dapat . Kerja lah dengan hati yang ikhlas
Kata aku pula, 


Rezeki kita Allah yang beri. Jd percayalah dengan rezeki Allah. Banyak atau sedikit rezeki itu adalah daripada Allah. Yang penting ianya berkat


Oh! lupa pula nak maklum daripada 313 orang PT(P/O)N17 pada tahun 2012 dan 2013, pada tahun ini jumlahnya telah meningkat. Sekolah yang enrolmen melebihi 550 dan ke atas akan menerima 1 atau 2 PT(P/O)N17 bertaraf PSH. Tak lupa juga, Juruteknik juga telah bertambah daripada 1 juruteknik jaga 3-4 buah sekolah kepada 1 juruteknik 1 buah sekolah  Taraf jawatan PSH juga.

Sekolah aku masih tiada Juruteknik PSH lagi. Mungkin disebabkan jawatan ini PSH bukan TETAP ramai yang takut nak sahut cabaran . Jadi , amat-amat dialukanlah pelajar-pelajar yang baru habis SPM bagi kekosongan ini.

Berita baiknya lagi, pada tahun ini PPPG NBOS ini bukan sahaja dijalankan di Melaka. Kini terdapat di beberapa daerah di KEDAH juga sedang menjalankan PPPG NBOS ini. Semoga perjawatan ini memperoleh dapatan kajian yang sangat baik. Sekiranya PPPG NBOS ini berjaya, Berkemungkinan perjawatan ini akan wujud di negeri-negeri lain pula. In shaa Allah.

Di sini aku sertakan beberapa sumber untuk para pembaca blog ini.

Ini blog teman yang seangkatan kerja sama macam aku . Luahan perasaan apabila ada para guru yang rasa tergugat dengan kedatangan kami bagi membantu guru-guru yang terbeban dengan kerja. Entri ini terhasil setelah program Dialog bersama KPM pada tahun 2013.

silalah baca : PT RINTIS RAMPAS HAK GURU 


Sumber lain :



BENTANG HASIL KAJIAN KURANG BEBAN GURU

Garis panduan yang terkini 

Jazakumullah Khairan Kathira
entri ini akan ada sambungngannya ~


Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

Assalammualaikum 

Adakah saya peserta terakhir join ini segmen ??? huhu
Segmen ini tamat pada pukul 3.00 petang.
Pada sesiapa yang x join lg , silalah join yek :)

Klik SINI untuk join 

klik banner


**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014


Tamat : 14 Julai @3pm


                    Jazakumullah Khairan Kathira

Jumaat, 11 Julai 2014

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalammualaikum

Jog bersegmen :)

Klik SINI untuk join :)


Hadiah MINI POWER BANK, 
 DUA MINI POWER BANK untuk dihadiahkan 
kepada 
DUA BLOGGER YANG BERTUAH

Apa yang perlu  lakukan ialah hasilkan sebuah entri dengan tajuk Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe, letakkan banner segmen diatas ke dalam entri, dan sertakan link segmen ini pada banner


                           Jazakumullah Khairan Kathira

UNIC - Qunut Nazilah [OFFICIAL VIDEO]

Assalammualaikum 

Salam Sayyidul Ayyam.
Minggu ke-2 Jumaat di bulan ramadhan. Alhamdulillah.
Simple post daripada saya petang ini.
Bila ada video sebegini lebih memudahkan saya untuk menghafal.
Mungkin anda juga.


Jazakumullah Khairan Kathira