Isnin, 14 Julai 2014

Program Profession Pemantapan Perguruan ! i'm still here :)

Assalammualaikum


Entri aku kali ini mengenai kerjaya aku sekarang. Bismillahirrahmanirrahim. 

Aku adalah PT Rintis Melaka
yang menggalas tanggungjawab dalam membantu meringankan beban tugas guru-guru
GD,GPM pada asalnya
Dan kini skop ini telah meluas pada GAB
So, GD,GPM dan GAB
Yelah guru-guru ini teramatlah banyak kerjanya 
Hadirnya kami , perjawatan ini adalah rungutan daripada guru-guru yang terbeban dengan tugas2 mereka selain sibuk dengan P&P mereka terpaksa sibuk dengan urursan pentadbiran juga
Tapi kini tidak lagi
So, guru-guru boleh fukus dengan P&P sahaja. :)

Yang dahulu kami dipanggil PT RINTIS dan kini kami mendapat gelaran baru PT NBOS.
NBOS???
Macam besapangkatnya BOSS. HEHE.
Tak lah..sebenarnnya NBOS ialah National Blue Ocean Strategy (NBOS)
dalam bahasa Melayunya Stategi Lautan Biru Kebangsaan. 
Gred kami hanyalah N17
Walaupun begitu jagan dipandang kami ini seperti tak berpelajaran seperti guru-guru yang berpindidikan tinggi
Majoriti kami mempunyai Diploma dan Ijazah cuma kami tidak bernasib baik seperti guru-guru
Rezeki kami menjadi pembantu guru
Itu pun kami tersangatlah bersyukur.

Bagi yang berkecimpung dalam bidang pendidikan mesti mereka tahu mengenai Program Profession Pemantapan Perguruan(PPPG) Oleh itu, mari sini aku bagi intro bagi yang baru hendak mengenali PPPG ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius masalah berkaitan bebanan tugas guru yang sering diwar-warkan oleh para pendidik dalam pelbagai media. Bagi mengesahkan keadaan ini, KPM melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menjalankan kajian berkaitan baru-baru ini meliputi berbagai aspek dan klien.

Adalah diharapkan agar dengan kajian rintis yang dijalan ini akan memberikan impak positif kepada sekolah khususnya warga pendidik dalam usaha mengurangkan bebanan tugas sedia ada agar mereka dapat menumpukan kepada kecemerlangan P&P di sekolah.

Oleh itu, Melaka terpilih untuk negeri rintis PPPG ini. Seramai 313 orang telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) gred N17 pada 19 November - Disember 2012 sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Masjid Al-Azim, Melaka. Seterusnya baru diikuti dengan COS sehinggalah sekarang. 

Selain PT(P/O)N17 , Juruteknik pun ada juga. Aku tak igt jumlahnya berapa...around 30-60 orang tak silap aku. Juruteknik ini bertaraf jawatan tetap . Mereka lebih bertuah. 1 Juruteknik kena jaga 3-4 buah sekolah.

Masa ini,semasa dapat surat tawaran hati aku berdebar-debar adakah benar keputusan yang aku buat ini. Bagi notis berhenti kerja 2 minggu awal kepada bos. Buat solat hajat, solat isthikorah , mohon petunjuk dari Allah . Moge di tetapkan pendirian aku . Sama ada bekerja di Puchong ataupun pulang berkhidmat di Melaka. Ini yang aku tunggu-tunggu untuk pulang berkhidmat di negeri sendiri setalah hampir setahun aku bekerja di Puchong ,Selangor di sesebuah syariat sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan. 

Aku tidak tagu-ragu. Ini adalah keputusannku. Pulang ke tempat lahir lagi dikenang. Cewah! hehe~
Daripada cerita aku ini macam lah jauh bebenau aku merantau. Selang dua negeri je pon. Melaka-Selangor. Selangor Melaka. Anak Mak Ayah T_T .

First time, aku kerja di sana macam terkena kejutan budaya . Teringin nak keluar daripada Melaka. Bila dah dapat... T_T ... Aku ni dah lah tak pernah duduk bandor. Kejutan budaya lah jawabnya. Sebulan juga lah aku nak biasakan diri dok bandor ni. 1 minggu baru aku dapat hafal jalan pergi dan balik kerja dengan jalan raya yang berselirat buat aku rimas. Aku bukan kaki merayap. Pergi kerja balik kerja. Tu je. -_-

Macam sudah tersasar jauh daripada tajuk je. Ok kembali ke alam nyata. teheeee~ T_T

Aku pegang kata-kata mak aku, 

Rezeki ada dimana-mana yang penting USAHA, Jangan sesekali mengeluh dengan kerja yang kita dapat . Kerja lah dengan hati yang ikhlas
Kata aku pula, 


Rezeki kita Allah yang beri. Jd percayalah dengan rezeki Allah. Banyak atau sedikit rezeki itu adalah daripada Allah. Yang penting ianya berkat


Oh! lupa pula nak maklum daripada 313 orang PT(P/O)N17 pada tahun 2012 dan 2013, pada tahun ini jumlahnya telah meningkat. Sekolah yang enrolmen melebihi 550 dan ke atas akan menerima 1 atau 2 PT(P/O)N17 bertaraf PSH. Tak lupa juga, Juruteknik juga telah bertambah daripada 1 juruteknik jaga 3-4 buah sekolah kepada 1 juruteknik 1 buah sekolah  Taraf jawatan PSH juga.

Sekolah aku masih tiada Juruteknik PSH lagi. Mungkin disebabkan jawatan ini PSH bukan TETAP ramai yang takut nak sahut cabaran . Jadi , amat-amat dialukanlah pelajar-pelajar yang baru habis SPM bagi kekosongan ini.

Berita baiknya lagi, pada tahun ini PPPG NBOS ini bukan sahaja dijalankan di Melaka. Kini terdapat di beberapa daerah di KEDAH juga sedang menjalankan PPPG NBOS ini. Semoga perjawatan ini memperoleh dapatan kajian yang sangat baik. Sekiranya PPPG NBOS ini berjaya, Berkemungkinan perjawatan ini akan wujud di negeri-negeri lain pula. In shaa Allah.

Di sini aku sertakan beberapa sumber untuk para pembaca blog ini.

Ini blog teman yang seangkatan kerja sama macam aku . Luahan perasaan apabila ada para guru yang rasa tergugat dengan kedatangan kami bagi membantu guru-guru yang terbeban dengan kerja. Entri ini terhasil setelah program Dialog bersama KPM pada tahun 2013.

silalah baca : PT RINTIS RAMPAS HAK GURU 


Sumber lain :



BENTANG HASIL KAJIAN KURANG BEBAN GURU

Garis panduan yang terkini 

Jazakumullah Khairan Kathira
entri ini akan ada sambungngannya ~


7 ulasan:

  1. Owh baru tau wujudnya jawatan ni.. Bagus la kan.. Lega sikit cikgu2

    BalasPadam
  2. owh...jawatan ni dah ujud dari 2012 lah ya..ader x ure2 untuk di serap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ure2 nak diserap belum ada lg sehingga ke hari ini ..huhu

      Padam
  3. Sy pon pt nbos jgk dr kedah..smpai bila jawatan ni nak tetap entah la kan masih psh dr dlu..huhuhu..

    BalasPadam