Khamis, 25 September 2014

Quiling Art Design for Gift

Assalammualaikum 

Apa khabar???   Lynn nak share mengenai quiling art design for gift . Nama seni pun dah unik dah hasilnya lagilah unik dan menarik . I can't imagine, superb boleh jadi secantik itu dengan hanya gulung-gulung kertas dan tampal. 

Sebelum itu , bagi yang tidak pernah tahu apa itu quiling meh sini Lynn terangkan (hasil carian pak google) hehe

Quiling adalah teknik gulung-gulung kertas 
(nampak simple tapi hakikatnya menguji kesabaran hehe.. Lynn da try buat dah hasilnya kurang kemas tidak seperti hasil si Izwan) grrr T_T .

If nak lebih mudah kena lah ada alatannya baru quiling yang dihasilkan nampak lebih berkualiti.
antara alatan untuk quiling boleh rujuk di sini -Quiling

Lynn nak tunjuk hasil kerja daripada sahabat Lynn . Yang bestnye art ni dihasilkan oleh seorang lelaki. Mari kita lihat hasil kerja tangan daripada Izwan Hamzah .(nama macam retis) Hehe.







Boleh dijadikan prop tunang, kahwin & hiasan.

Kad birthday daripada hasin quiling

wedding card for gift

frame pun ada.



Minat dengan hasil quiling ini???

 Hubungi Izwan Hamzah di
Facebok -> http://www.facebook.com/hope.izwan
Instagram -> littlehopearts

Jazakumullah Khairan Khatira 

Wedding Pillow Gift

Assalammualaikum

First Job! Ini adalah hasil daripada Lynn . Simple but nice . hihihi
For my bff :)




Keterangan :

Kain bantal dark brown adalah jenis kain baldu
Love di tengah-tengah bantal adalah 3D (sorry sebab lupa ambil gambar daripada sudut tepi =,='')
Bunga-Bunga, Love dan nama S.H & Z.H adalah menggunakan kain felt

Jazakumullah Khairan Khatira

Apa itu Seni Pualaman ???

Assalammualaikum

Seni Pualaman? Untuk Lynn, baru pertama kali mendengarnya..hoho.. Belum layak lagi digelar pecinta seni sejati kerana masih ada lagi seni-seni yang Lynn tak tahu (SOB SOB SOB sadis betul) =,='' . 

Pesta Sungai Malaka yang berlangsung pada 24 May 2014 -hingga 23 June 2014. Lynn pun tak igt bilanya pertandingan melukis berlangsung.


If ada sahaja pertandingan melukis & mewarna pasti akan bawa adik2 Lynn untuk memasukinya pertandingan tersebut. Menang kalah lain cerita yang penting pengalaman . Adik-adik Lynn suka & minat! 

Untuk pertandingan kali ini. Memandangkan first time masuk pertandingan seni pualaman (dlm brocher say melukis&mewarna) bila tiba di tempat pertandingan seni pualaman. Mau tak terkejut adik-adik Lynn. Hahaha. (Tapi tak de sampai nak tarik diri-nebes jek)

Pertandingan hanya berlangsung selama 15 minit! Lukisan pualaman yg dihasilkan diadili oleh pelukis-pelukis terhebat tanah air .(Lynn xkenal tapi muka biasa pames masuk tb) grrrr =,=''

So...

Apa itu Seni Pualaman?

Lukisan seni pualaman ini adalah seni yang menggunakan cat minyak pelbagai warna yang akan dilukis di atas air yang telah disediakan di dalam bekas.

Alatan yang diperlukan :
  1. Cat, 
  2. Lidi(untuk menghasilkan corak) 
  3. Air ,
  4. Besen (ikut sukalah nak besar o kecik bergantung pada lukisan yang nak dihasilkan)
  5. Plastik ( alaskan pada bekas air agar cat tidak melekat pada bekas-jika mahu bekas itu bersih tak payah nak cuci2..hee) ,
  6. Kertas (apa-apa jenis kerta-A4 gred A pun dah boleh da )
Teknik seni pualaman :

1. Besen yang telah dibalut dengan plstik. Pastikan plastik itu melendur ke             dalam mangkuk besen supaya air boleh bertakung di dalamnya .
2. Cat minyak pelbagai warna dititiskan ke dalam besen yang berisi air
3. Lidi digunakan untuk mengacau untuk menghasilkan corak( ikut kreativiti     
    tersendiri)
4. Tangkupkan kertas A4 di atas permukaan cat/air dalam 3-5 saat sahaja dan  
    angkat.
5. Kemudian jemur dan siap :)

Kita layan gambar agar lebih memahami k: (my sis Alang & Ocu)

Warrna yang dibekalkan hanya 3 sahaja iaitu Biru,Merah dan Kuning. Hanya dua kali pecubaan sahaja. 


Corak yang dihasilkan. Hasil seni pualaman Alang.






Sayang masa dilukis di atas air cantik coraknya. Akan tetapi setelah ditekup pada kertas dan diangkat. Warnanya bencah. Seeloknya jangan titiskan cat minyk terlalu banyak agar corak yang terhasil nanti tidak kelihatan berat






Cat meleleh-leleh... frust si Ocu bila tgk hasil nya jadi begitu. 

Tak menang pun. Sedih je adik-adik. Tak pe yang penting dapat tau teknik seni pualaman yang sebenarnya. So if ada lagi len kali ley join. Dapat makan free . Hahaha :p


Seterusnya ialah lukisan daripada pelukis-pelukis tanah air (Sorry nama pelukis tak igt da) =,=''






Ok, sampai disini sahaja sedikit ilmu yang Lynn tau untuk dikongsikan mengenai seni pualaman.

Jazakumullah Khairan Khatira

Jumaat, 19 September 2014

Giveaway Saya Nak!

Assalammualaikum 

Jom join GA adik Fifi :D. 



Klik SINI untuk join


p/s : FB sis dah friend dgn Fifi, IG & TWITER  xdo =,=''


Wish me Luck & all the best which join this GA :))

Jazakumullah Khairan Khatira

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Assalammualaikum

Jom Support! Mood raya kembali lagi ... :)

Klik SINI untuk join

Jazakumullah Khairan Khatira

Segmen : Saya Sayang Blog Saya

Assalammualaikum 

Salam Sayyidul Ayyam ! :) Mood nak join Segmen, GA da mai da... heee~

Jom support!

Klik SINI untuk join

Jazakumullah Khairan Khatira

Rabu, 17 September 2014

Hot ! Craft Zone

Assalammualaikum


ENTRI PENGENALAN 

Selamat Petang...Petang ini, Lynn nak story part time job Lynn selain berbloging :D . Pada bulan  Ramadhan , bulan yang penuh dengan keberkatan, Lynn menceburkan diri dalam seni craft felt (skema pula rasa ayat ni) U_U . Pada mulanya hanya untuk suka-suka dan sudah lama tidak mengkreatifkan jari-jemari ini. Tidak dijangka akan mendapat sambutan yang baik daripada rakan-rakan . Hope selepas ini semkain berkembang la >_< .Alhamdulillah. Lynn suka sgt bila kita buat dan org yang memakainya suka. Rasa berbaloi sgt2 . Bagi penggemar benda-benda yang comel pasti suka membeli dan memakainya. :). Alhamdulillah . Hari demi hari Lynn sentiasa memperbaiki hasil kerja tgn Lynn . Ini adalah diantara hasil yang Lynn perolehi.

First sekali :


1) FELT BROOCH RIBBON



Link serba sedikit sebelumnya di SINI 

2) FELT KEYCHAIN CINDERELLA DRESS

Ini adalah keychain percubaan sahaja untuk majlis yang bakal berlangsung .

3) FELT KEYCHAIN ANIMAL





4) FELT BROOCH ROSE




5) FELT BROOCH ANIMAL


 6) COVOCATION FLOWER FELT


bahagian belakang adalah menggunakan kain satin berwarna gold.

7) CONVOCATION LOVE WITH NAME



Kenapa ada ribbon pink di tengah-tengah love itu. Sebenarnya small pillow love ini boleh ditanggalkan dan boleh dijadikan keychain. digantung di dalam kereta, bilik dll. Klau mahu dibiarkan begitu sahaja pun boleh .

8) SMALL WEDDING PILLOW KEYCHAIN 






Sekarang tengah busy dengan hadiah craft untuk pillow wedding gift . Dan ini adalah diantaranya.

Lynn bukan tertumpu pada craft menggunakan kain felt sahaja. Lynn juga menggunakan kain cotton dan kain satin. Masih dalam pembikinan dan perlu disiapkan awal bulan Oktober ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada yang mempercayai hasil kerja tgn Lynn :) .


Jazakumullah Khairan Kathira

Isnin, 15 September 2014

Puding Cocktail Banjir

Assalammualaikum 

Mood tengah lapar ni >_< . First time buat masa raye bulan lepas . Permintaan daripada En. Mhh :p. En. Mhh ni kalau bab makan suka je share kat Facebook Lynn .Belajar masak katanya.Nanti dia nak rase :p.  Kalau masakan kg alhamdulillah setakat ini , cuma perlu diperbaiki lagi.Buat kuih pon alhamdulillah juga perlu dipelbagaikan lagi. Kalau mintak masak wastern?? Ops! kena belajar lagi lah... tak pandai sangat. kalau masak makaroni & spegetti goreng @ banjir tu boleh lah ..hehe . Tapi nasib baiklah En. MHH tu lidahnya lebih kepada masakan kampung . Begitu juga Lynn ! Ok lari daripada tajuk da. Fokus kepada Puding Cokctil Banjir :D


Fav My Mum !
POtong 4 segi besar (susah sikit nak makan coz nak kena ptong kecik2 juga) haha

Potong 4 segi kecil (dadu)

Lynn dah lupa kat mane resepi yang En. Mhh share . Lynn search semula . So ini hasil dapatan Lynn yang sama lah juga. Bezanya Lynn tambah 1 sudu tepung kastad supaya puding berwarna kuning dan ada kuah sekali ...hehe

Bahan-bahan untuk Puding

10 gm serbuk agar-agar 
1 tin susu sejat penuh krim 
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard (supaya puding bewarna kuning -> jika mahu)

Cara-cara

1) Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah  air ke dalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih.
2) Masukkan susu sejat dan kacau rata 
3) Masukkan 2 sudu tepung kastard dak kacau sehingga rata 
4) Masukkan cocktail yang telah ditapis airnya ke dalam periuk ( Kacau selama 1 minit sahaja dan kemudiannya boleh dituang ke dalam loyang ataupun acuan untuk disejukkan.)

Bahan-bahan Kuah Puding Cocktail

1) Air cocktail yang telah ditapis 
2) 1/2 tin susu sejat penuh krim (ikut kemanisan yang anda suka)
3) 2 sudu besar tepung kastard 
4) 1 cawan air (kalau nak kuah cair) Lynn suka kuahnya pekat coz lg sedap >_<

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan-bahan sehingga sebati dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk dingin.

It's simple. mudah kan ..hehe.. dah. Puding cocktail yang sudah beku bolehlah dipotong untuk dimakan begitu sahaja @ pun mkn bersama kuahnya :) . 


Boleh je rujuk SINI  (Credit untuk blogger ini)

Cuaca panas-panas , sedap sungguh mkn yang sejuk-sejuk ni.!! >_<

Jazakumullah Khiran Kathira

Sabtu, 13 September 2014

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah , SMKA Tun Perak

Assalammualaikum

Wahai blogku. Sudah lama Lynn tidak berentri dan berblogwalking.  Masa amat terhad sekarang. Terima Kasih dicuapkan kepada yang sudi singgah dan follow di blog ini :D

Pada 4 Ogos sehingga 7 Ogos 2014 (Isnin -Khamis)

1 minggu selepas raya adalah minggu yang paling sibuk sekali. Sebabnya kenapa? Selepas 1 minggu cuti raya telah diberi arahan untuk mengikuti Program Khidmat bantu PSS SMKA Tun Perak. Erley sebenarnya surat da dapat 1 minggu awal sebelum cuti raya lg. :p . Jadi pada minggu itu sememangnya Lynn tak dan la nak berbloger. Kiranya cuti raya selama 1 minggu ditambah 4 hari Program Khidmat bantu PPS dan 1 hari Taklimat e-Operasi di BTPNM. So, makanya selama 2 minggu tidak masuk ke sekolah . Seronoknya. Hahaha ! Sekali sekala buat kerja luar best juga. 

Ini adalah kali yang pertama Lynn ikuti program ini. Program ini telah melibatkan seramai 40 orang PT Rintis sekolah di daerah Jasin. Terbahagi kepada dua Kumpulan . Kumpulan pertama adalah di SK Asahan seramai 20 orang PT Rintis dan di SMKA Tun Perak seramai 20 orang PT Rintis. Lynn adalah kumpulan yang ke-2 .

First day di SMKA Tun Perak, kami semua telah diberikan penerangan mengenai tugas yang bakal kami jalankan setelah taklimat selesai. Daripada 20 orang PT Rintis dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan 1 ( indoor) <-kerja duduk dalam aircond
Kumpulan 2 (Outdoor) <-berpanas buat kerja lasak-lasak :p

So, Lynn di kumpulan 2. Masa dapat tau dapat kumpulan 2 ...lemahnye rase. Macam tak best je macam boring je. Sebabnya bila tengok jadual yang diberi ada aktiviti kecerian taman . Nak kena tanam pokok . Erk!!! Lynn kalau tanam bunga tak pernahnya nak hidup mekar. Tangan panas kot .. T_T.  Tanam bunga plastik atau bunga kertas boleh lah ..haha

Bermulalah tugasan kami selama 4 hari di SMKA Tun Perak . Apa yang unik sangat sekolah ini ialah. Sekolah ini berbukit . So banyak lah tangga kat sekolah ini. 

Lereng Bukit pertama  : Kawasan tempat kereta , latihan petanque 
Lereng Bukit kedua     : Pejabat, kantin  dan padang sekolah
Lereng Bukit Ketiga    : Kelas
Lereng Bukit keempat : Perpustakaan  & Bilik Guru 
Lereng Bukit kelima    : Makmal Sains
Lereng Bukit keenam   : Surau 

Ini adalah pemerhatian Lynn selama 4 hari di SMKA Tun Perak . Selama 4 hari berkampung di sana kawasan yang perlu dititik beratkan oleh group kerja kumpulan 2 adalah daripada Lereng Bukit ke-2 hingga 5 haruslah di hiasai dengan kecerian .

Hari Pertama




Lynn tgh ajar anak murid buat bunge kertas..hihi.

Kak Melin & Kak Hajar khusyuk dgn peranan dorang .

UH! sesi petang pula..da bertukar kepada baju muslimah.




Comel x? >_<



Papan kenyaataan yang ni sahaja paling comel. Yang lain-lain . Fuh! besaqq.



Hari pertama sebok dengan manila kad , papan kenyataan . Punya la banyk papan kenyataan sekolah ini. Kami buat border pada papan kenyataan bagi cerialah sedikit daripada yang sebelumnya . 

Hari Kedua

Sambung kerja yang tidak dapat diselesaikan pada hari pertama. Dan sebahagian lagi mencari maklumat untuk ditampal di setiap papan kenyaataan. Bagi sudut bahasa maklumat telah disediakan oleh guru-guru sek itu. Untuk maklumat di bahagian papan-papan kenyataan di sekitar kawasan sekolah yang telah di print... kami sudah menggunakan 300 lamination film (untuk 4 hari) . hahaha.. Gunakan sebaik mungkin bajet yang ada.

Ini adalah bahagian kantin sek tersebut.
Hah! nampak x? kami berkampung di pentas kecil. Kumpulan pertama sedap duduk kerja dalam penghawa dingin. Kami bakar lemak. Tak pe bakar lemak, sihat . hehe


Berkepau sungguh.

Tak siap lagi dah promote.



Sesi petang kami ke library pula. Dok hias papan kenyataan situ plak. tak silap aku ada 12 papan kenyaataan . Banyaknyeeee.!



Jom kita lihat hasil seni kretif adik-adik sek ini.






Hari ketiga




Hari keempat
Barulah nampak 2 hero dalam group kami. Hari pertama hingga hari ketiga mereka sibuk di bengkel KH. 



Puan Miera busy cari maklumat untuk ditampal dan digantung di sekitar sekolah. Lynn panggil die pembuli! Miera panggil Lynn, Kecik. Nasiblah kawan die Si kak Umi PPD lain. Kalau tidak mau penyek Lynn disakat si Miera ni. Buli-buli manje. T_T

Miera & Zila incharge bahagian cari maklumat .


Hah! dok melepak di kawasan tangga pula. Lukis dan cat nila-nilai murni.



Model little library . Sudut ini sebelum ini tiada. Baru diwujudnya. Disebabkan daripada kantin nak ke library agak jauh. Jadi terwujudlah little library di kantin.  Buku-buku yag berada di sini adalah buku yang sudah dihapus kira oleh Kump. 1.
Bersama penyelaras GKPM Puan Fauziah (berbaju kurung).Wajib bergambar bersama bunga-bunga. haha.
Selfie dahulu sebelum menapak ke libraru untuk majlis penutup.


Selfie dahulu dalam perjalanan menapak ke library.


Majlis Penutup dan Majlis Penganugerahan Sijil Penghargaan kepada peserta 
Program Khidmat bantu PSS SMKA Tun Perak.
Senyum gembira a.k.a penat .. :P



Alhamdulillah , kalau diikutkan PGB sek itu mahu kami tambah khidmat kami untuk 2 hari lagi . Disebabkan ada bahagian yang tidak dapat diselesaikan. Tambahan pula PGB amat berpuas hati terhadap hasil dapat yang mereka perolehi sebelum dan selepas program ini.Walaubagaimanapun, Pegawai BTPN mengatakan cukup untuk 4 hari sahaja. Selebihnya adalah terserah kepada guru-guru dan murid-murid sekolah tersebut. Kami bersorak kegembiraan, sudah rindu pulang berkhidmat di sekolah sendiri.

Terlebih terkurang sepanjang kami berkhidmat di sekolah ini harap dimaafi. Kami PT Rintis mengucapkan terima kasih juga terhadap layanan yang amat baik sepanjang kami berkhidmat di sekolah ini. Terima Kasih daun keladi , ada jodoh umur yang panjang kita bertemu lagi :)

Jazakumullah Khairan Khatira