Sabtu, 13 September 2014

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah , SMKA Tun Perak

Assalammualaikum

Wahai blogku. Sudah lama Lynn tidak berentri dan berblogwalking.  Masa amat terhad sekarang. Terima Kasih dicuapkan kepada yang sudi singgah dan follow di blog ini :D

Pada 4 Ogos sehingga 7 Ogos 2014 (Isnin -Khamis)

1 minggu selepas raya adalah minggu yang paling sibuk sekali. Sebabnya kenapa? Selepas 1 minggu cuti raya telah diberi arahan untuk mengikuti Program Khidmat bantu PSS SMKA Tun Perak. Erley sebenarnya surat da dapat 1 minggu awal sebelum cuti raya lg. :p . Jadi pada minggu itu sememangnya Lynn tak dan la nak berbloger. Kiranya cuti raya selama 1 minggu ditambah 4 hari Program Khidmat bantu PPS dan 1 hari Taklimat e-Operasi di BTPNM. So, makanya selama 2 minggu tidak masuk ke sekolah . Seronoknya. Hahaha ! Sekali sekala buat kerja luar best juga. 

Ini adalah kali yang pertama Lynn ikuti program ini. Program ini telah melibatkan seramai 40 orang PT Rintis sekolah di daerah Jasin. Terbahagi kepada dua Kumpulan . Kumpulan pertama adalah di SK Asahan seramai 20 orang PT Rintis dan di SMKA Tun Perak seramai 20 orang PT Rintis. Lynn adalah kumpulan yang ke-2 .

First day di SMKA Tun Perak, kami semua telah diberikan penerangan mengenai tugas yang bakal kami jalankan setelah taklimat selesai. Daripada 20 orang PT Rintis dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan 1 ( indoor) <-kerja duduk dalam aircond
Kumpulan 2 (Outdoor) <-berpanas buat kerja lasak-lasak :p

So, Lynn di kumpulan 2. Masa dapat tau dapat kumpulan 2 ...lemahnye rase. Macam tak best je macam boring je. Sebabnya bila tengok jadual yang diberi ada aktiviti kecerian taman . Nak kena tanam pokok . Erk!!! Lynn kalau tanam bunga tak pernahnya nak hidup mekar. Tangan panas kot .. T_T.  Tanam bunga plastik atau bunga kertas boleh lah ..haha

Bermulalah tugasan kami selama 4 hari di SMKA Tun Perak . Apa yang unik sangat sekolah ini ialah. Sekolah ini berbukit . So banyak lah tangga kat sekolah ini. 

Lereng Bukit pertama  : Kawasan tempat kereta , latihan petanque 
Lereng Bukit kedua     : Pejabat, kantin  dan padang sekolah
Lereng Bukit Ketiga    : Kelas
Lereng Bukit keempat : Perpustakaan  & Bilik Guru 
Lereng Bukit kelima    : Makmal Sains
Lereng Bukit keenam   : Surau 

Ini adalah pemerhatian Lynn selama 4 hari di SMKA Tun Perak . Selama 4 hari berkampung di sana kawasan yang perlu dititik beratkan oleh group kerja kumpulan 2 adalah daripada Lereng Bukit ke-2 hingga 5 haruslah di hiasai dengan kecerian .

Hari Pertama




Lynn tgh ajar anak murid buat bunge kertas..hihi.

Kak Melin & Kak Hajar khusyuk dgn peranan dorang .

UH! sesi petang pula..da bertukar kepada baju muslimah.




Comel x? >_<



Papan kenyaataan yang ni sahaja paling comel. Yang lain-lain . Fuh! besaqq.



Hari pertama sebok dengan manila kad , papan kenyataan . Punya la banyk papan kenyataan sekolah ini. Kami buat border pada papan kenyataan bagi cerialah sedikit daripada yang sebelumnya . 

Hari Kedua

Sambung kerja yang tidak dapat diselesaikan pada hari pertama. Dan sebahagian lagi mencari maklumat untuk ditampal di setiap papan kenyaataan. Bagi sudut bahasa maklumat telah disediakan oleh guru-guru sek itu. Untuk maklumat di bahagian papan-papan kenyataan di sekitar kawasan sekolah yang telah di print... kami sudah menggunakan 300 lamination film (untuk 4 hari) . hahaha.. Gunakan sebaik mungkin bajet yang ada.

Ini adalah bahagian kantin sek tersebut.
Hah! nampak x? kami berkampung di pentas kecil. Kumpulan pertama sedap duduk kerja dalam penghawa dingin. Kami bakar lemak. Tak pe bakar lemak, sihat . hehe


Berkepau sungguh.

Tak siap lagi dah promote.



Sesi petang kami ke library pula. Dok hias papan kenyataan situ plak. tak silap aku ada 12 papan kenyaataan . Banyaknyeeee.!



Jom kita lihat hasil seni kretif adik-adik sek ini.






Hari ketiga




Hari keempat
Barulah nampak 2 hero dalam group kami. Hari pertama hingga hari ketiga mereka sibuk di bengkel KH. 



Puan Miera busy cari maklumat untuk ditampal dan digantung di sekitar sekolah. Lynn panggil die pembuli! Miera panggil Lynn, Kecik. Nasiblah kawan die Si kak Umi PPD lain. Kalau tidak mau penyek Lynn disakat si Miera ni. Buli-buli manje. T_T

Miera & Zila incharge bahagian cari maklumat .


Hah! dok melepak di kawasan tangga pula. Lukis dan cat nila-nilai murni.



Model little library . Sudut ini sebelum ini tiada. Baru diwujudnya. Disebabkan daripada kantin nak ke library agak jauh. Jadi terwujudlah little library di kantin.  Buku-buku yag berada di sini adalah buku yang sudah dihapus kira oleh Kump. 1.
Bersama penyelaras GKPM Puan Fauziah (berbaju kurung).Wajib bergambar bersama bunga-bunga. haha.
Selfie dahulu sebelum menapak ke libraru untuk majlis penutup.


Selfie dahulu dalam perjalanan menapak ke library.


Majlis Penutup dan Majlis Penganugerahan Sijil Penghargaan kepada peserta 
Program Khidmat bantu PSS SMKA Tun Perak.
Senyum gembira a.k.a penat .. :P



Alhamdulillah , kalau diikutkan PGB sek itu mahu kami tambah khidmat kami untuk 2 hari lagi . Disebabkan ada bahagian yang tidak dapat diselesaikan. Tambahan pula PGB amat berpuas hati terhadap hasil dapat yang mereka perolehi sebelum dan selepas program ini.Walaubagaimanapun, Pegawai BTPN mengatakan cukup untuk 4 hari sahaja. Selebihnya adalah terserah kepada guru-guru dan murid-murid sekolah tersebut. Kami bersorak kegembiraan, sudah rindu pulang berkhidmat di sekolah sendiri.

Terlebih terkurang sepanjang kami berkhidmat di sekolah ini harap dimaafi. Kami PT Rintis mengucapkan terima kasih juga terhadap layanan yang amat baik sepanjang kami berkhidmat di sekolah ini. Terima Kasih daun keladi , ada jodoh umur yang panjang kita bertemu lagi :)

Jazakumullah Khairan Khatira

4 ulasan: