Selasa, 22 Julai 2014

Jom Masak : Begedil Maggie untuk juadah berbuka puasa ataupun sahur :)

Assalammualaikum 

Masih berjaga lagi ataupun sudah lena diulik mimpi indah ? :)


Lynn nak cerita ni ,juadah berbuka yang simple. Sesiapa sahaja boleh membuatnya. Lebih-lebih lagi untuk orang bujang yang jenis malas nak masak yang berat-berat. Hii.. Kalau rajin itu dah kira bonus untuk diri anda kerana anda rajin :)

Ini dia Begedil Maggie / Bebola atau yang sewaktu dengannya . he. Comel x? Ayah Lynn igtkan cempedak goreng pada mulanya. Manakala ibu Lynn pula ingatkan cekodok . Haha.

Boleh dihidang bersama sos atau makan begitu sahaja :) .
Bahan-Bahan ( untuk 6 orang ahli keluarga) <--ahli keluargaku


  1. Maggie kari 2 bungkus (sudah siap direndam dan ditoskan, perencah maggie diasingkan dahulu, perencah akan dimasukkan ketika diadun nanti)
  2. Kentang 2 biji hendaklah dibuang kulit , diptong dadu dan direbus sehingga lembut kemudian ditoskan airnya (pastikan air yang panas tu xkena tangan or tunggu airnya sejuk)
  3. Bawang merah yang besar 2 ulas , bawang putih 3 ulas , cili padi 2-3 biji (jika mahu)
  4. Daun bawang dihirs halus-halus
  5. Telur 1 biji
  6. Tepung Gandum 1 mangkuk comel
  7. Tepung Jagung 1 mangkuk comel
  8. Garam
  9. Serbuk Black Paper ikut dan nak letak bayak mana (bergantung pada kesukaan masing-masing, kalau Lynn suka letak byk ) hu
  10. Nugget ayam yang telah  digoreng garing dan dipotong kecil-kecil ( Nak letak boleh tak nak letak pon boleh)
  11. Air
Cara membuatnya :

1. Bahan 2 dan 3 hendaklah dikisar terlebih dahulu
2. Setelah siap bahan 2 dan 3  campurkan dan gaulkan kesemua bahan daripada 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 dan 11 secara berperingkat-peringkat sehingga sebati.
3. Apabila siap dicampurkan dan digaulkan kesemua bahan. Bolehlah digoreng.



Hah! yang ini doh yang dah siap digaul  kesemua bahan-bahan tadi. Tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras . Molek-molek sahaja untuk dimasak.

 Juadah yang sangat simple kan . Makan bersama Nasi Goreng Cili Padi . Nyum Nyum :)


Selamat Mencuba dan makan =D


Jazakumullah Khairan Kathira

#Menu daripada adikku alang (teringin nak makan la tu. mana tah dia dapat resepi ini ) cuma Lynn ubah sedikit ikut citarasa Lynn dan 
#Sedap, makan bertambah2 malah mengenyangkan .

15 ulasan:

  1. nanti nak cuba la. thanks for the recipe. may allah bless :)

    BalasPadam
  2. menarik jugak menu ni..first time dengar.

    BalasPadam
  3. Wah, macam sedap je..boleh la cuba nanti :) Thank sharing :)

    BalasPadam
  4. pergh, lapo nye. hehe. selalu buat bergedil biasa je. pasni boleh try :)

    BalasPadam
  5. waaaahhhh... xpernah lagi rasa begedil maggi... sluurrrppp...

    BalasPadam
  6. sedapnye..puasa kali ni tatau kenapa lepas gian makan maggi time sahur..dah 3 kali..dah 4 bulan kot tk makan maggi..

    Kini Anda Boleh Membeli Sendiri Produk Shaklee Secara Online

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak lynn . macam sama je . hehehe Nik baru try buat smalam . Alhamdulillah menjadi la juga .

    BalasPadam
  8. comel je macam cekodok dengan cempedak goreng ehh.. :P

    BalasPadam
  9. Thanks for the recipe lynn..akak nak try nanti..dah follow lyn..

    BalasPadam
  10. Macam best je..boleh cuba nie.. :)

    BalasPadam
  11. tq dear follow my blog.

    saya dah follow awak. :)

    BalasPadam