Isnin, 28 April 2014

Segmen First Anniverssary Blog Asha-Iya

Assalammualaikum ...

First time nak join ni bende2 mcm ni.. Nampak menarik pulok... hu .. Dgn lafaz Bismillahirahmanirrahim ~


Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Kita memang suka tepek pic besau2 kat blog . 
Nampak jelas dan berpuas hati :D

Sejujurnya kita ni xtahu mcm mana nak buat klik banner trus keluar link. Hik hik . dah bertahun berbloger  pon x pandai2 lagi . Yelar ..utk blog alynnazfiz terhasil pun utk bacaan dan tatapan  sendiri dan mana yang dtg menyinggah ke blog kita. Kita ucapkan Syukron. ^_^ .
Asha-Iya ni baru 1 tahun berbloger dah meriah dah blog nye
Superb Duper 
>_<

Tahniah pada Asha Lya.
Happy Anniverssary yup :D

ADA HADIAH TAU!!!
walaupun adiah nya simple but i loike!!!

Agak2 bertuah x kita?
Ada rezeki ada lah :D

Perkara yang baik elok dikongsikan bersama  :D

Sekian~




Jumaat, 25 April 2014

Tajassus !

Assalammualaikum


learn & share :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jauhilah diriku drpd sikap Tajassus

...

Tajassus ialah mencari aib org lain 

yg 

Tersembunyi dan Rahsia.


Termasuk dlm dosa2 besar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



"Wahai org2 yg beriman jauhi drpd 

berprasangka.Sesungguhnya sebahagian drpd prasangka 

itu adalah dosa dan jgn kamu mencari kesalahan org

lain(tajassus)"




[Surah al-Hujurat,Ayat 12]










Best baca buku UIA... mudah faham . 

Mudah dan ringkas.

:D 




Khamis, 24 April 2014

Doa Sabar

Assalammualaikum 

Jgn marah Allah x suka. Ya! kita tahu tapi kita sebagai manusia biasa x lari daripada sikap marah.  . Kita tahu tapi kita tetap buat jg kan . Allahu :'( .. sediiiy :''''(


Amalkan yep . Jom hafal  dan fahami maksud ayat ini :-)


Kalau bagi yang x reti baca dalam bacaan jawi . Ini saya bagi bacaan dalam tulisan rumi :

"Rabbana afrigh 'alayna sabran 
wa thabbit aqdamana wansurna 'alal-qawmil-kafirin"

Sabar dalam bahasa arab  As-Shobru. Dan biasa kita dengar kata-kata yang berkaitan dengan sabar ialah :

"As-Shobru minal Imaan"
Sabar itu separuh daripada Iman

"Man shabara zafira"
Siapa yang bersabar akan beruntung

"Fa sabrun Jameel"
Sabar itu indah

Semua ayat di atas ini mempunyai perkataan sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Jika kita bersabar kita akan peroleh keberuntungan setiap kali kita bersabar. Allah uji kita dengan dugaan kerana mahu melihat adakah kita mampu bersabar ataupun sebaliknya . Setiap kali kita bersabar pasti kite menemui jln kebahagiaan kerana Allah akan memberi keindahan kepada hambanya bagi yang sentiasa bersabar dalam segala hal.

Allah uji hambanya kerana DIA tahu hambanya mampu laluinya dan sebagai tanda kasih sayang dan cinta-NYA kepada hamba-NYA.

Tibe2 teringat dgn entri yang dahulu yang bertajuk



Moga aku KUAT dan TABAH keranMu ,Ya Allah
Semoga aku termasuk dalam golongan orang yang bersabar



~~~~~~~Sekian sahaja~~~~~~~
 :'D

Isnin, 14 April 2014

Doa dan makna Selepas Solat

Assalammualaikum

Dah tahu makna bacaan dalam solat .Selepas solat kena tahu pula doa dan makna selepas solat. Sejujurnya kita x hafal pun  doa dan makna solat ini. Pernah hafal tp xamalkan . Jadi terlupa dan  Kebiasaanya apa yang sering kita amalkan selepas solat ialah :

Surah Al-Fatihah 7x
Surah Al-Insyirah 1x (surah alam nasyrah) :
Zikirullah (Astagfirullah al-azim, Allahu akbar, SubhanAllah)
Doa Selamat Dunia Akhirat
Doa Ibu Bapa
Doa elak ditimpa musibah
Doa dipermudahkan segala urusan
Selawat Ke atas nabi Muhammad s.a.w

Selepas doa akan disusuli mengaji surah dalam al-quran setiap kali selepas solat dan diikuti dgn surah Al-Waqiah/ Yasin ... 

Waktu solat Magrib dan Isya' la waktu yang paling lama untuk kita sujud kepada Illahi dan berdoa pada yang Maha Esa. :')

Sebenarnya baca surah Al-Fatihah terlalu byk fadhilatnya . Antaranya apabila kita membaca surah Al-Fatihah setiap kali selepas solat sebanyak 7x , In Shaa Allah org yang mengamalkannya akan dihindari kesusahan hidup. Di samping sedekahkan lah juga Surah Al-Fatihah kepada insan2 yang telah pergi mengadap Illahi . Nescaya doa kita akan sampai dan jadi bekalan buat mereka di sana .Sebut nama penuhnya dan tujukan Surah Al-Fatihah ini untuk mereka .:')

Kalau mahu lebih detail tentang fadhilat Al-Fatihah boleh ke link ini :


Sebab  selalu baca surah al- Insyirah setiap kali lepas solat . Salah satunya mahu diberikan kelapangan dada daripada Allah sw.t .

Ini lebih detail fadhilat kita membca surat al-Insyirah selepas solat . Boleh rujuk di sini :


Sebenarnya ...dlm doa selepas solat ini pun da terkandung semua apa yang kita doa. Lebih menyeluruh .:)
Allah x penah marah pun dgn hambanya jika kita memperbanyakkan doa lagi selepas solat. Allah lagi suka kerana hambanya menuju ke jalan yang diredhai Allah.


Jadi khusyuklah ketika solat .Jujur kdg2 kita juga susah nk khusyuk dlm solat pabila jiwa tgh kacau serabut dgn mcm2 mslh . Tapi zikrullah lah penyejuk hati dan mak lah sentiasa igtkan diriku agr sentiasa sabar pada setiap ujian yg dilalui . Tanpa ujian kita mungkin x setabah sekarang , Ujian  adalah tanda Allah sentiasa Sayang akan kita agar sentisa sujud dan memohon pada diriNYA.

:'D

Makna bacaan solat dengan mudah

Assalammualaikum


Sekarang hati tertaut dgn I production.Islam.Iman.Ihsan . sebab apa ? ie byk informasi tentang islam melalui animasi. So memang senang sangat nak fhm.

Suka cara dia berdakwah. Jom kita hanyati makna solat . :-)

Solat itu tiang agama jd memg wajib umat islam menunaikannya.

Jaga Solat nescaya Allah akan sentiasa melindungi dan memelihara kita .




Betul! mcm mana nk khusyuk dlm solat kalau kita xfhm makna solat .

I love Islam :')

Jumaat, 11 April 2014

Surah Al-Mulk - Penyelamat Seksa Kubur

Assalammualaikum 

Jom hafal surah al-mulk bagi yg belum hafal dan fahami maksudnya.

Kebiasaannya sebelum tidur kita baca ( tadah tgn sambil baca)

Bismillahirrahmanirrahim ...


1) doa tidur 


بِاسْÙ…ِÙƒَ اللّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َØ­ْÙŠَاوَØ£َÙ…ُوتُ



bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati 

2) Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w (7x)


Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 



'ala ali Sayyidina Muhammad.



3) Al-Fatehah





 4) 3 Qul ( Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)







5) Ayat Kursi


6) Mengucap 2 kalimah syahadah .


ASHADU AN LA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU ANNA 



MUHAMMADAN RASULULLAH



Ertinya : Tiada Tuhan yang disembah selain Allah , sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah ...




Raup muka dan tidur mengiring ke kanan. Percayalah tidur anda tenang hingga ke subuh. Tiada gangguan ketika tidur. Panjang ke doa ni? xlah panjang ambil masa 10-15 minit sahaja. Hai layan facebook berejam2 boleh xkan nk baca doa tidur agar sentiasa dilindungi pun susah . 
Pernah kita terlupa bace doa tidur ..semua ni boleh terlupa .. konon saje baring2 kat katil ..tibe2 ley terlelap. x sEdar. Akibatnya, mcm2 mimpi kita dpt dgn tidur mcm terganggu . Bangun pagi lemau lesu je muka .

Kalau xboleh bace semuanya sekali, sekurang2nya bacalah doa tidur .

Surah Al-Mulk ... sebelum ini kita baca setiap kali lepas solat magrib atau isya' ..xtahu pula boleh juga diamalkan sebelum tidur. (Sedihnya.. masih cetek lagi ilmuku) T_T.Yang sebenarnya Al-Quran yakni Qalam Allah boleh sahaja diamalkan dibaca setiap masa . Cuma kita je kadang2 ego xnak buat konon sibuk . Ubah - ubah sikap begini ... 


Kelebihan Surah Al Mulk
Ibnu Abbas berkata: “Pada suatu hari ada seseorang menghampar jubahnya di atas kuburan dan ia tidak tahu bahwa tempat itu adalah kuburan, ia membaca surat Al-Mulk, kemudian ia mendengar suara jeritan dari kuburan itu: Inilah yang menyelamatkan aku. Kemudian kejadian itu diceriterakan kepada Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda: Surat Al-Mulk dapat menyelamatkan penghuni kubur dari azab kubur.” (Ad-Da’awat Ar-Rawandi, hlm 279/817; Al-Bihar 82/ 64, 92/313/2, 102/269/
Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Surat Al-Mulk adalah penghalang dari siksa kubur, surat ini termaktub di dalam Taurat, barangsiapa yang membacanya di malam hari ia akan memperoleh banyak manfaat dan kebaikan, …Sungguh aku membacanya dalam shalat sunnah sesudah Isya’ dalam keadaan duduk. Ayahku (sa) membacanya pada siang dan malam. Barangsiapa yang membacanya, maka ketika malaikat Munkar dan Nakir akan masuk ke kuburnya dari arah kedua kakinya, kedua kakinya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, karena hamba ini berpijak padaku lalu ia membaca surat Al-Mulk setiap siang dan malam; ketika mereka datang kepadanya dari rongganya, rongganya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, karena hamba ini telah menjagaku dengan surat Al-Mulk; ketika mereka datang kepadanya dari arah lisannya, lisannya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, karena hamba ini telah membaca surat Al-Mulk setiap siang dan malam denganku.” (Al-Kafi 2/233/hadis 2)
Imam Muhammad Al-Baqir (sa): “Bacalah surat Al-Mulk, karena surah ini menjadi penyelamat dari siksa kubur.”

Nampak sgt sebelum ini tahu baca je tp x mendalami setiap ayat dalam surah ini . Allahu T_T 

Rasa bersalahnya diri ini pada MU YA ALLAH. ENGKAU ampunilah HAMBAMU ini YA 
AllAH .

credit untuk en. Mhh kerana mengajarku dan sentiasa igtkanku. :-)

Khamis, 10 April 2014

Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun #JodohBerdua Official

Assalammualaikum 

Sebelum tidur layan lagu ni. Tetiba feel love with this song .. :-)




Xde lirik plak kat vedio ni. Xkan nk tatap muka Hafiz Hamidun plak kan. xde feel plak .hihi~
Jom kita hanyati lirik lagu ini ok .

Lirik Lagu Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun 

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/12/lirik-lagu-jodoh-berdua-hafiz-hamidun.html#ixzz2yZiEGx8Y

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa perenggan pertama sahaja kita highlight kan. 

Sebabnya :

Perenggan kedua dan ketiga belum lagi terlaksana . 
So, teruskan berdoa 

Boleh dikatakan lirik lagu ini 
betul2 kena dengan jiwa ku , diri ku,
So, Hafiz Hamidun feel kita sama ok . hahaha
Tapi malangnye hang da kahwin ..
Kalau lum kawin nk juga menjadi suri idupmu.. cewah ..haha..
idok lah sampai gitu gamaknya.
Hanya gurauan.
(Tolong jgn bikin hanget ok)

Diriku hatiku telah terpaut dgn seorang sang arjuna akan tetapi
masanya belum tiba untuk disatukan lagi.
Hah! coz tu lah perenggan kedua dan ketiga kita x highlight kan.. hehe..

Untuk lirik lagu perenggan kedua dan ketiga 
sentiasa diri ini berharap dan berdoa
teruskan berdoa
In Shaa Allah.

Allah adalah sebaik-baik perancang :'D