Khamis, 10 Julai 2014

Cara Qada' Solat Yang Tertinggal

Assalammuaaikum




Selamat petang dan salam ramadan bg kaum muslimin dan muslimat :)

Salah satu perkongsian ilmu di whasap bersama sahabat2 telah membuatkan aku terpanggil dan tertanye2 mengenai Qada' solat yang tertinggal.  Mengenai solat yang tertinggal ketika kita baru akil baligh. Yelah masa ni, solat macam main-main . Belum nak full time lagi . Boleh pulak macam tu kan. =,='' . Astagfirullah al-a'zim .Berdosanya aku .:'( .  

Seperti yang kita tahu Solat itu tiang agama. Jika tiang yang satu ini tidak dijaga maka goyanglah kita . Solatlah antara perkara utama dihitung dahulu semasa di alam barzakh kelak. Tidakkah kita takut akan solat yang pernah ditinggalkan sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja. 

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,seksanya umpama:-


Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyakbahawa Aku tidak lagi reda engkautinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakaimakantiduradalah berdosa kepada Allah.

Pesanan daripada seorang sahabat yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak 
Bagi yang belum berkahwin lagi. Hargailah masa beribadat anda sekarang sebelum kamu sibuk dengan urusan keluarga dan anak-anak kelak. 




Aku faham, sahabat aku ni ada anak kecil, masa tengah nak solat masa itu anak menangis nak menyusu, masa tengah nak mengaji, masa inilah anak dtg merengek2 datang kacau . Ini yang dimaksudkan olehnya. Dia tidak merasakan salah anaknya kerana anaknya masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi. Semuanya sementara sahaja. Nanti bila anak dah faham tak de lagi perkara sebegini. Malah akan seronok melakukan solat berjemaah bersama anak2 . (Bila lah tiba turn aku >_< nak rasa macam ni) Ini adalah ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t. Solat tetap perlu diutamakan kerana ianya adalah penghubung kita yang paling dekat bersama Allah s.w.t. 

Jadi rajin-rajinkanlah diri mendengar radio www.ikimfm.my/ pada jam 10.00 pagi kerana banyak info . Bukan sahaja di radio , malah byk info yang kita boleh dapat. Semuanya dihujung jari sahaja . Perkara lain boleh rajin tak kan solat yang 5 kali sehari nak bermalas-malasan . Bongkaknya ! 

So,seperti yang aku tahu . jika ingin qada' solat adalah setiap kali selepas kita solat .Solat macam biasa cuma niat solat sahaja berlainan sedikit. Bleh rujuk Blog Tok Wan . Link yang aku sertakan di blog aku ini . Cuma yang ingin aku pastikan adalah, jika kita sendiri tak pasti jumlah solat yang perlu di qada' .(Budak2 lagi mana lah nak ingat kan T_T) .
Boleh rujuk di sini : 
Blog Tok Wan: Cara Qada' Solat Yang Tertinggal: Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dal...
Kalau sedar diri ini tak berapa nak berilmu tentang solat . Jangan malu jangan segan nak bertanya itu dan ini. Peringatan buat diri :'( . Jangan jadi bodoh sombong .

Jazakumullah Khairan Kathira



4 ulasan:

  1. bagus info ni.. betol part anak tu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kn ..hehe ..akk ad ank so ak lebih memahami ..hehe

      Padam
  2. Saya penah baca, ada dua pendapat berkaitan ni. 1) Takde istilah qada dalam Islam sebab nanti jadi orang tak rasa berat sembahyang sebab boleh qada. 2) Qada selagi mampu sebab kesedaran masa kita alpa dulu bukan sebab sengaja tinggal. Maksudnya, mungkin belum dapat hidayah dan sebagainya. Nabi Muhammad qada solatnya sebab TERTIDUR. Kalau terlepas waktu sebab TERTIDUR boleh terus solat walaupun habis waktu.

    Ada cerita sahabat Nabi dulu (maaf, saya tak ingat nama), beliau meninggal pada hari dia men qada kan solat terakhir yang penah dia tinggal dulu. Setiap hari dia qada solatnya. Wallahualam. Cuma yang pasti, kalau tertinggal solat sebab tengok wayang, tengok bola, terang2 tu bukan terlupa tapi sengaja. Wallahualam bissawab.... (=.=')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya atas perkongsian. Penerangan di atas saya fhm...
      Penerangan di bwah memg nk kena pelempang aje sengaja tinggal solat .hu. Apa2 pun solat wajib didahulukan apabila tiba waktunya. :) .

      Padam