Assalammualaikum
Mood tengah lapar ni >_< . First time buat masa raye bulan lepas . Permintaan daripada En. Mhh :p. En. Mhh ni kalau bab makan suka je share kat Facebook Lynn .Belajar masak katanya.Nanti dia nak rase :p. Kalau masakan kg alhamdulillah setakat ini , cuma perlu diperbaiki lagi.Buat kuih pon alhamdulillah juga perlu dipelbagaikan lagi. Kalau mintak masak wastern?? Ops! kena belajar lagi lah... tak pandai sangat. kalau masak makaroni & spegetti goreng @ banjir tu boleh lah ..hehe . Tapi nasib baiklah En. MHH tu lidahnya lebih kepada masakan kampung . Begitu juga Lynn ! Ok lari daripada tajuk da. Fokus kepada Puding Cokctil Banjir :D
Fav My Mum ! |
POtong 4 segi besar (susah sikit nak makan coz nak kena ptong kecik2 juga) haha |
Bahan-bahan untuk Puding
10 gm serbuk agar-agar
1 tin susu sejat penuh krim
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard (supaya puding bewarna kuning -> jika mahu)
Cara-cara
1) Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah air ke dalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih.
2) Masukkan susu sejat dan kacau rata
3) Masukkan 2 sudu tepung kastard dak kacau sehingga rata
4) Masukkan cocktail yang telah ditapis airnya ke dalam periuk ( Kacau selama 1 minit sahaja dan kemudiannya boleh dituang ke dalam loyang ataupun acuan untuk disejukkan.)
Bahan-bahan Kuah Puding Cocktail
1) Air cocktail yang telah ditapis
2) 1/2 tin susu sejat penuh krim (ikut kemanisan yang anda suka)
3) 2 sudu besar tepung kastard
4) 1 cawan air (kalau nak kuah cair) Lynn suka kuahnya pekat coz lg sedap >_<
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan sehingga sebati dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk dingin.
It's simple. mudah kan ..hehe.. dah. Puding cocktail yang sudah beku bolehlah dipotong untuk dimakan begitu sahaja @ pun mkn bersama kuahnya :) .
Boleh je rujuk SINI (Credit untuk blogger ini)
Cuaca panas-panas , sedap sungguh mkn yang sejuk-sejuk ni.!! >_<
Jazakumullah Khiran Kathira
Nampak sedap sgt...terima kasih sudi follow blog akak...akak dah follow blog Alynn ye..:)
BalasPadamtak pernah dengar lagi puding banjir ni,hehehe. memang nampak sedap,yummm
BalasPadamPerggghhhh sedapnya Lin.. terasa sejuk jer lalu kat tekak akak ni :)
BalasPadam