Ahad, 17 Mac 2013

"La Tahzan " "Aisyah Humairah"


Assalammualaikum....

La Tahzan Aisyah Humairah menjadi pilihan di hati utk url blog ku ni. Kenapa aku x guna nama aku je...xslahkan aku nk guna nama ni,suka ati akulah blog aku, ramai kt luar sana blogger2 yg guna nama tah papelah utk blog mereka. Coz nape? blog mereka suka ati merekalah nk ltak nama ape..begitu jg dgn aku..(hehe...kasar pulak bunyi ayt nie not gud fot me, be a nice person aisyah :) hehe.).

Kenapa La Tahzan atau bahasa seumpamanya Jangan Bersedih atau Dont Be Sad??? coz aku nk sentiasa ingat diri aku walaupun apa pun terjadi La Tahzan!!! Coz aku seorang yg mudah touching and sensitif dgn perkara2 yg akan membuatkan diriku mengalirkan air mata. Such as : bila aku pergi pasar malam ternampak org tua yg menadah tgn meminta simpati utk diberikan bantuan. Ya Allah..aku xdpt lihat org tua tersebut,  (persoalan pertama di ati ini: mana pergi anak2nya? xde fmly ke? kenapa begini hdupnya? simpatinya..)atiku cukup tersentuh...sedekah dihulurkan kepadanya dah aku berlalu pergi. Aku amt bersyukur dgn kehidupanku ni, tidak terlalu miskin dan tidak terlalu kaya..kehidupanku bersederhana sahaja.Ya Allah mudahnya aku tersentuh ati.Sedih itu perlu ada dlm diri kita kerana ia adalah satu nikmat perasaan yg telah Allah kurniakan kepada diri kita tapi bila kite bersedih jgn terlalu ikutkan perasaan smpai nk bunuh diri, meraung2 lah. Allahu Rabbi..kalau jd begitu cpt2lah sedarkan diri kita dgn beristigfar di hati. So stiap kali aku terasa nk nanges kalau dpn org ramai..cepat2 aku akan usap dada aku utk kawal emosi and palingkan muka ke tempat lain o tunduk utk kawal air mata ini. Tapi kalau dah xthn tu mengalir jg dpn org ramai even terasa malu teramat di ati dah nk wat mcm mana dah mudah touching. So, coz itu aku sentiasa igtkan diri aku La Tahzan..La Tahzan..La Tahzan.. Jgn sedih..jgn sedih..jgn sedih. Pasti ada hikmahnya kenapa kau dikurniakan nikmat perasaan yg sebegini coz kau seorang wanita. ( Jgn ambil kesempatan ke ats kelemahan diriku ini, aku x suka org yg mengambil kesempatan ats kelemahan org lain)

Kenapa Aisya Humairah?? Coz aku rasa nama yg cukup indah and ditambah pula apabila aku tlh membaca riwayat hidup Saidatina Aisyah Humairah membuatkan aku amat menyanjungi beliau. Beliau adalah salah seorang isteri nabi Muhammad s.a.w yg telah byk bekorban utk baginda. Aku ingin menjadi sepertinya. Walaupun aku bukan sepertinya. Aku tetap Aku...walaubagaimanapun sebagai seorang manusia tidak menjadi masalah utk terus memperbaiki dirinya utk menjadi yg lebih baik di sisi Allah. Di sini aku nk berkongsi sedikit latar belakang Saidatina Aisyah Humairah even kamu dah tahu.itz ok, sekadar perkongsian ilmu. Ilmu kan wajib dituntut utk semua umat & Islam terutamanya. :). Nak2 pula beliau adalah salah seorang srikandi yang terhebat di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

BIODATA

Nama: Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.a
Gelaran: Al-Humaira (putih kemerah-merahan)
Tempat lahir: Mekkah al-Mukarramah
Tarikh lahir: 8 tahun sebelum hijrah:641M
Nama bapa:Abu Bakar Abu Quhafah
Nama Ibu:Ruman binti Umairah b Amir
Nama suami: Muhammad b Abdullah  (Rasulullah SAW)
Tarikh wafat: 17 Ramadhan tahun 58 hijrah
Tarikh perkahwinan:  Bulan Syawal, tahun 10 kenabian
Umur Wafat: 67 tahun
Tempat wafat dan di Maqamkan: al-Baqi’, Madinah al-Munawwarah

SIFAT MULIA

Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg dalam terhadap ilmu

Dermawan:
Sanggup menjual barang keperluannya  semata-maat membantu orang lain.

Taat dan tegas:
Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan berani menegakkan kebenaran.

Sabar Cekal dan Tabah:
Tidak penah mengeluh walau menempuh pelbagai cabaran. Cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan seperti fitnah dalam peristiwa “HadithulIfqun

SUMBANGAN

TAFSIR AL-QURAN:
-Memperkaya bidang tafsir al-quran
-Sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat

KEWANITAAN:
-Memberi petua tentang agama terutama yang berkaitan dengan kewanitaan
-Seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah  dlm beberapa peperangan menentang musuh

HADIS :
-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah . Sebanyak tidak kurang 1210 hadis telah diriwayatkannya

::Aku amat mengagumi Saidatina Aisya Humairah.~ i loike this song ~

Santai sekejap sambil dengar lagu ni ea. ^_^


video


LIRIK LAGU
AISYA HUMAIRAH : UNIC

WAJAH BERSERI PIPI KEMERAHAN
ENGKAU DIGELAR AISYA HUMAIRA
NAMUN BUKAN INGIN KU BICARAKAN
HINGGA DIRIMU JADI SANJUNGAN
TETAPI MERAHNYA DARAH PERJUANGAN
PENIUP SEMANGAT SUAMI

KHABAR AL-IFQI SATU TITIK PERMULA

TELAH MENCALAR KEBAHAGIAAN
FITNAH MUNAFIQUN TAK KENAL SESIAPA
INSAN YANG MULIA ATAU SAHAJA
HARTA DIRIMU UMMAHATUL MUKMININ
YANG SETANDING AL-MUKATSIRIN

USAH DITANYAKAN MENGAPA

LEWATNYA TURUN WAHYU ITU
BAGI MEMBUKTIKAN KEPALSUAN
TUDUHAN SEORANG PENDUSTA

TETAPI LIHATLAH HIKMAHNYA

DI SEBALIK TIAP KEJADIAN YANG TELAH BERLAKU
TUHAN TIDAK AKAN PERNAH MEMPERSIA-SIA
KETABAHAN SEORANG INSAN
DALAM MENGHARUNGI ARUS KEHIDUPAN
YANG PENUH MEHNAH UJIAN

TAK KAN TERHIDU HARUM MEWANGI

JIKA TIDAK DINYALAKAN SETANGGI
TAK KAN TERASA MANISNYA
ANDAI TAK DILAMBUNG GELORA

ENGKAU ISTERI SEJATI

YANG MEMBANTU NABI
SAAT HUJUNG NYAWA KAN PERGI
SUNGGUH BERUNTUNGNYA DIKAU
PUNYAI SUAMI YANG AMAT
MENGASIHI UMATNYA
DIA INSAN YANG MULIA
KAU SEMADIKANNYA DI RUANG KAMARMU.....



:: Aisyah Humairah---> semoga aku jg menjadi wanita terhebat seperti mu (^_^), mendengar lagu nie membuat diriku sentiasa mengingati bahawa hidup didunia ni hanyalah sementara, akhirat juga kekal disana. In Shaa Allah. Ya Allah.. lindungilah hambamu yg hina ini utk terus berbakti terhadap MU.



La Tahzan Aisyah Humairah