Isnin, 25 Ogos 2014

E-Day Tika bersama hantaran Hello Kitty

Assalammualaikum 

Pada 17 Ogos 2014 berkesempatan untuk ke majlis pertunangan member. Aku dengan Tika ni baru sahaja kenal tahun lepas. Kenal pun melalui Aizat & her wife Ezza & Hafiz masa berniaga tahun lepas. Hehe. 

Tika ni bertunang semasa majlis persandingan abgnya yang sulung. So, dikira saving sangat, pelamin Tika guna pelamin abgnya sahaja. Zaman sekarang bertunang kan siap nak berpelamin bagai. Majlis pertunangan Tika waktu pagi dan abgnya bersanding selepas zuhur .

Kita layan entri bergambar sahaja la ea. :D

Kami bersama Tika dan pengantin lama Aizat & Ezza


Hehe.. I'm Next ..doakan lah ea :)


Bila duduk sama tinggi bila berdiri , nampak sangat kerendahan diriku . (Tipu mereka pakai kasut tinggi =.=)
Kami semua same age accept Ikin muda setahun daripada kami (sebelah kanan Tika)


Selfie lagi dengan prop yang sangat comel2..teheee.


Lengkap daripada single(Aku) tak del lah single mana cuma belum sahih lagi sahaja. >_< 
Tika sudah bertunang dan Ezza pengantin lama (1 bulan 1/2)





Tika & Ezza BFF

Tika bersama abgnya dan kakak iparnya. Sgt chumel kakak ipar Tika.

Jom kita cuci mata dengan hantaran Tika 15 hantaran(L kepada P)  berbalas 17 hantaran (P kepada L)
Bila tengok sahaja hantaran sememangnya aku terkejut la. Hantaran mengalahkan orang kahwin. Time kahwin nanti macam mana la pula. Katanya nak buat 33 berbalas 35 .. erk! Ini rezeki mereka jangan pertikaikanlah. Sekali seumur hidup . 

Kalau anda nak tahu, Tika ni terlalu meminanti Hello Kitty . Obsess la senang cerita. so hantarannya pun nak hello kitty, Nasiblah bakal tunangnya tak kisah. Ikutkan juga , orang kalau dah sayang apa pun boleh . Sweet sweet meh .hehe . Untuk hantaran kepada lelaki pula Tika bagi dulang hantaran  yang ada spiderman .

Tika sangat beruntung sebabnya abg sulungnya yang gubah semua hantaran Tika untuk diberi kepada pihak lelaki,Bertuahnya bdn dapat abang kandung yang sporting :)

Hantaran Perempuan kepada Lelaki tak xde gambar (Sorry)

Ini adalah sebahagian hantaran Lelaki kepada Perempuan sebanyak 17 dulang hantaran.
Hantaran kek je sudah 5 dulang, memang nak bagi Tika berisi la ni sebabnya Tika ni kurus bebenau. Huhu













Mesti majlis perkahwinan Tika pun nanti penuh dengan Hello Kitty, tak sabar nak tunggu u kahwin Tika. Hehe. 

Habis sudah entri e-day Tika .

Semoga Allah mempermudahkan dan melancarkan urusan perkahwinan mu Tika. Semoga hubungan awak bersama pasangan berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya bahagia dunia dan akirat sebagai suami isteri yang diredhai Allah.

Sekia sahaja daripada Alynn.Entri untuk dikenang-kenang :)

Jazakumullah Khairan Khatira

12 ulasan:

  1. ya Allah! comlenyaaa lahaiii hantaran tuuuu... pehhhhhhhh

    BalasPadam
  2. tahniah :D hehe XDD
    nanti sanding lak :) hehehe..
    abg dgn kak ipar kwn sis comey :)
    semoga rumahtangga sentiasa dirahmati allah dan mudah-mudahan sentiasa bahagia dunia akhirat dan beroleh anak yg comel dan soleh solehah.. aamiin :)

    BalasPadam
  3. Tahniah buat kwn alynn.pas ni msti giliran alynn plak amin hhee

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, alahai.. dia pun minat Hello Kitty lah ! >.<

    BalasPadam
  5. Comelnya hantaran tuuuuuu! hehe ;D

    BalasPadam
  6. Comelnya hantaran..comel jugk blognya ;-)

    BalasPadam
  7. comeinyer tema dorang.. adorable sangat :)

    BalasPadam
  8. Semoga berbahagis sehingga ke akhirat sana!!

    Salam, datang blogwalking dari blog syira..selamat berkenalan, jemput follow saya memetlenggeng.blogspot

    BalasPadam
  9. Singgah jg nk tgk pelamin..haha, tgk semuanya lah...semoga berbahagia abg pengantin dan adik yg bertunang ni. Salam kenal lyn.

    BalasPadam
  10. Ya Allah comelnya hantaran tu...hahaa, pink dan hello kitty =D

    BalasPadam