Rabu, 16 Julai 2014

Majlis Persandingan 4 Pengantin < Abg Izab ♥ Kak Nora , Aizat ♥ Ezza >

Asalammualaikum

Malam ini entri kahwin-kahwin pulak . Opss!
Saya..(ayu lah konon-konon guna bahasa macam itu) di invite untuk jadi orang kuat majlis :P . Tak de lah kuat mana pun ..Saya ini penuh dengan lemah lembut dan kesopanan. Hahaha. Perasan kau Alynn O..O 

Back to normal lah ok, supaya entri ini nampak lebih sempoi dan bersahaja :D
Aku rasa kan entri kahwin-kahwin kali ini panjang daripada biasa. Banyak yang nak dicoretkan dan banyak yang nak diluahkan di entri ini. Mana tak nya 4 pengantin kot. Story panjang la -.-

Bismillahirrahmanirrahim ...
Kita mulakan dengan Majlis Pernikahan Abg Izab dan Kak Nora

Abg Izab dan Kak Nora bersama nenek ketika dirumah sebelum majlis pernikahan berlangsung


Setibanya di JAIM kami selfie dululah bersama pengantin dan adik beradik pengantin. hee


=,= muka masing masing macam nak mintak pelempang ajer .



Selfie bersama pengantin dengan monopoooood yang tgh hangit di pasaran >_<

Pergh! berejam-rejam menunggu saat pengantin diijab qabul kan ini. Bosan...dah bosan jemu pula..bila dah bosan+jemu, hausss lah pula. Lupa bawa air mineral -,- .Apa yang kau igt Alynn masa ini. Berangan lebih :p
9.00 pagi-11.00 pagi tempoh masa menunggu Tok Kadi

Pengantin-pengantin duduk berbaris
Duduk di hadapan adalah suami dan dibelakang suami adalah isteri.
Semasa ini ada 5 pasang pengantin yang perlu dinikahkan oleh Tok Kadi termasuk Abg Izab dan Kak Nora
Abg Izab dan Kak Nora adalah pasangan pengantin yang ke-2 . Allah... masa ini dah terasa bahang nervous + exited, seolah-olah seperti aku pula yang nak nikoh ^_^. Ambil mood orang nak nikoh ...teheeee~

Ehem-ehem, semestinya ada yang pelik kenapa nikoh di JAIM berwalikan hakim. Jangan fikir negative ya! Sebenarnya bakal isteri abg izab bukan orang islam. Kak Nora ialah orang Sabah yang menganut agama Buddha. Tetapi kini tidak lagi, Kak Nora telah melafazkan kalimah syahadah pada bulan ramadhan 2012. Semasa aku bekerja di Puchong ada beberapa kali ,aku temankan Kak Nora mengikuti kelas agama di USJ. Kak Nora sememangnya kerja di Puchong . Secara kebetulan kami tinggal dalam satu kawasan perumahan yang sama. Ok.Tak payah citer panjang2 kisah di Puchong. Kite fokus entri kahwin2. :p

Alhamdulillah...besar ganjaran pahalamu Abg Izab kerana telah membawa keluarga baru dalam agama kita. Iaitu Islam.Oleh itu, besar tanggungjawab abg Izab untuk mendidik dan mengasuh bakal isterinya ini.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Nora Binti Jimit sah menjadi isteri kepada Mohd Izab Bin Abu Bakar pada tanggal 9 Mei 2014 bersamaan hari Jumaat
Mabruk dan Barakahllah untuk pasangan pengantin
 Selepas ini majlis persandingan Abg Izab dan Kak Nora akan berlangsung sama dgn adik keduanya Aizat pada 8 Jun 2014 (Ahad) 

Selepas mereka selesai Nikoh , mereka bergambar di Kampung Morten Melaka. Pemandangan yang sangat cantik . Tapi sorry ha! xde gambar utk pic tersebut . Aku pun ada masa mereka outdoor . 
Busy jugak bergambor mengalahkan pengantin. Haha

Malamnya pula ada kenduri kesyukuran bagi lebih merahmati pernikahan mereka berdua . In Shaa Allah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang kita masuk part adik abg Izab pula, Aizat & bakal wife nya Ezza. 
Pernikahan berlangsung pada 6 Jun 2014 (Jumaat) selepas Asar. 

Huh! masa si Aizat ni nak nikoh , aku xdpt nak tengok, aku datang je rumah si cantik manis ezza, mereka ni dah selamat dah nikoh. Alhamdulillah. Sepatutnya pada hari ini aku ambil cuti . Tapi disebabkan aku khursus pemantapan kerja kat Keyel selama 3 hari 2 malam. Last day kursus jatuh pada hari Jumaat. So, habis je kursus , hantar barang kat rumah terus ambil kunci kereta ke sana =-=' . Ok juga, hari Jumaat sepatutnya aku cuti,so tak dapat cuti, aku anjak ke hari Isnin. hehe.

Selamat dah Nikoh . Sekali Lafaz sahaja
Mohd Aizat Bin Abu Bakar sah menjadi suami kepada Nor Ezzah Farahin Bin Azman :)
Boyz yang berbaju melayu hitam pengapit si lelaki. Gulz yang berbaju hitam tu pula pasangan si pengapit lelaki . teheeee~
Oit! Faiz after this kau dengan Azzah pulak yek . Dah ambil berkat nampaknye :D

Gambar outdoor selepas nikoh . So sweet :)

Malam berinai ^_^

 
Persalinan sebelum bersanding. Kalau dah cantik pakai apa pun cantik ^_^

So pretty women . Preety women deko deko na...pretty woomen ..ahaah.. hehe
Kalau x make up pun Ezza ni dah memang cantik ! 
(buka ayat menbodek haa)


Di hari persandingan :)




Ecah dan Ika bersama pengantin.
Yang bertudung hitam Bff Ezza .


Family Ezza .
Ezza Ank Sulong daripada 5 beradik .

Jom kita layan gambar outdoor pula. Jangan mara haa.. Kita suka tgk pic awok awok berdua. Background yang sgt cantik .. wuhuuuuu~


Aksi manje si isteri :p

Si suami pun nak bertudung juga ka? hehe


Bak kata Ezza , gambar ini captionnya "Berlari ke langit "
Langit mana tu Yunk?? Langit cinta ea? hu


Gelak sakan . Hati sangat bahagia sah suami isteri . :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai majlis belah perempuan. Sekarang tibalah masanya majlis bertandang ke rumah lelaki pula.
Kali ini barulah  betul 4 pengantin bersanding .huhu

Entri bergambar je lebih T_T ^_^

 Tema di pihak lelaki adalah songket. Wuhuuuu! mengembalikan nostalgia zaman ibu bapa Abg Izab dan Aizat berkahwin dulu2. Ini baru dikatakan tradisional ! Melayukan sememangnya sinonim dengan songket.
Merah delima : Abang Izab & Kak Nora
Hijau Zamrud : Aizat & Ezza


Abang dan adik sememangnya tinggi. Dapat isteri comel2 belaka. So sweet . hee :)

Selfie bersama sepuput sepapat mereka

Selfie...selfie ke ni ? -_- Layankan aja ..ni bersama member2 Aizat

Ini baru betul selfie ! cool ! sorry pic aku tak de. Aku masa ini tengah layan family aku makan :)


 no caption just hehe :)
 Ala..pecah pula gambar ini. So kecik ja la yek.
Parents Kak Nora daripada Sabah

Family mereka .
3 beradik sahaja. So lepas ni turn si puteri bongsu pulok yek. Tapi make sure habiskan degree psikologi dulu. Bagi laluan pada En. Mhh dan Kak Lin dulu .. kikiki


Selepas majlis, masing-masing pasangan pengantin pergi outdoor. Aku dah tentulah follow Abg Izab dan Kak Nora . Aku kan pengapit Kak Nora :p . Bukan aku je ada . Dah ada aku tentulah ada En. Mhh lagi merangkap driver dan pengapit abg Izab..haha.. tak lupe jugok photographeeeerrr  -_- . Kalau tak der die sape nak snap pic pengantin kan. 

Lokasi outdoor Abg Izab dan Kak Nora adalah area Masjid Selat dan Pantai Klebang ! Owesome !!! Tak sabar nak tgk album mereka if berkesempatan lah .. ~.~

Alhamdulillah..selesai juga entri ini. Dok terperok dalam draf daripada minggu lepas . Sikit sikit aku mengarang , upload gambau dan cuba mengingati kembali detik-detik manis perkahwinan mereka. Alhamdulillah. selesai juga. Kalau rajin baca. Kalau malas tengok gambau ajo. Tak nak cakap panjang dah tapi dah berjela-jela aku taip. Plisss stop ur hand now alynn! =,=''

Akhir sekali, tersangatlah seronok masa majlis perkahwinan mereka. Doa aku untuk mereka :

Semoga kehidupan mereka ini semakin diberkati dan diredhai Allah, Berbahagialah kamu dalam suka duka dalam menjalani liku-liku kehidupan alam berumah tangga. Untuk suami didiklah, bimbinglah isterimu menjadi isteri yang solehah dan diredhai Allah , agar layak bergelar bidadari mu di syurga kelak. Untuk isteri , patuhlah, setialah kepada suamimu kerana kini syugamu bukan lagi berada di ibumu. Kini berada di suamimu. Sekiranya kelak kamu semua mempunyai zuriat. Peliharalah,didiklah, bimbinglah zuriat-zuriatmu agar menjadi insan yang soleh dan solehah. Semoga berbahagia dunia dan akhirat .
            
Jazakumullah Khairan Kathira
:: Just smile when i write this entry. In shaa Allah, after this is my turn with      my future husband. Pray for us :)
:: Salah dan silap mohon dimaafi ~

16 ulasan:

  1. wah... meriahnyer majlis... pengantin perempuan pun comel je.. semoga berbahgia hingga ke syurga... =)

    BalasPadam
  2. Bestnyaaa. Penat tapi best kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. best memg best..pnt memg pnt tp pengantin lg pnt lah ..hihi

      Padam
  3. meriahnyaa kahwinn :D
    btw,zue dtg follow sini..jemput singgah blog http://eyranasrin.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... meriah kahwin...meriah jg duitnya ..alhamdulillah rezeki org berkahwin .. terima kasih zue ..i follow u back k :)

      Padam
  4. Assalammualaikum... alynn,

    meriah sesangat. Mselim3 doakan agar pasangan pengantin berbahagia di dunia dan akhirat..

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam mselim3 ..syukron .ameen ya rabb .

      Padam
  5. Alaaaaa comelnya pengantin dengan dayang'2 dia tuuu . Siap bermonopod lagi heee adoi comel :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe ... nti awk pon boleh bermonopod juga..zmn akn dtg mesti g canggih ..hihi

      Padam
  6. wahh tahniahh! ngeee tak sabar nak kawen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok2..cpt2 kahwin ..jgn tunggu lama-lama .hehe.sng2 jmpot lah ..hu

      Padam
  7. cantik2 la pengntin pompuannya..seri pengantin ni..huhu..maap no, lma x brkunjung n xda entry..xde internet..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. larh..ptotla..indu sama komen2 timm..hihi .. ok selamat berbloger kembali .. :)

      Padam
  8. Assalamualaikum kak lynn . Maaf Nik tak sempat nak jenjalan sini . hehehe btw tahniah pengantin . Barakallah .

    Ehem tak lama lagi kak lynn pulak . Jangan lupa ajak Nik . Nik doakan cepat-cepat naik pelamin ye . hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam .Itz ok Nik . Nik kan baru sihat . Nik x jenjalan kat umah akk. Akk jenjalan kat umah Nik pulak ..teheee~ Syukran Nik .

      In Shaa Allah . Kalau kak lynn jemput ,Nik kena dtg tau .hehe.

      Padam