Khamis, 29 Mei 2014

The Liebstar Award - Blogger Nik #4

Assalammualaikum


Suka-sukanya hati ini tak sangka ditag oleh blogger Nik pula, adik manis yang sopan santun budi bahasanya. Ok, Ukhti bagi maklum balas k.(Saja menggedik nak bahasa kan diri ukhti) huhu. Ukhti suke dgn soalan cepu mas daripada Nik :D

Sebenarnay LA yang di tag daripada Adik Nik awal-awal sudah disiapkan . Cuma bersarang dalam draf blog Ukhti gara-gara soalan yang number 9. Hehe . 
Upload-upload loading je last-last ukhti ambil link aja ya. 
(dah byr wifi still lembab..mungkin dah melebihi had penggunaan kot ) 

Ini adalah soalan daripada Adik Nik yang manis senyumannya .Hope suatu hari nanti jika diberi rezeki boleh lihat wajah Nik pula :) .
Dengan lafaz bismillhirrahmanirrahim ~

1) Satu perkataan yang menggambarkan diri anda
Tangisan . 
Sebabnya bila gembira menangis, sedih lagilah menangis .
Menangis gembira memang biasa depan org .Selagi boleh cover air mata.cover lah. Kalau dah tak tahan lagi mengalir juga tanpa dipaksa. 
Sedih tak tunjuk, sebelum tidur menangis sambil mendengar alunan zikir di hp,dalam kita menangis itu kita akan muhasabah diri dan akan lebih kuat selepas itu
kalau anda rasa meluat dgn tangisan saya sila jgn buat saya sedih .huhu.. Gembira xpe >_<

2) Satu perkataan yang menggambarkan blog anda.
Ketenangan . 
Sebabnya tgk la bunga-bunga dan dedaun yang segar mekar di blog saya. Kalau boleh blog tu muncul dalam
bentuk animasi lagi best dan ada haruman yang mewangi lagi .  Amboi, tak bersyukur langsung. isk sik sik. Lain orang lain cita rasanya, ye dak ? :) 

3) 5 benda wajib yang anda bawa keluar daripada rumah

5 benda wajib yang akan bawa masuk ke rumah tak de ke? hu ..gurau2 je Nik .
Sebelum keluar rumah tu jangan main keluar sahaja. Baca doa keluar rumah,naik kenderaan & ayat kursi
(sememangnya sentiasa diamalkan kemana-mana sahaja)

Macam lebih daripada 5 benda sahaja . =,='' . Kunci kenderaan tak lupa ..huhu


1) handbang/purse 


  • kad pengenalan, lesen memandu , duit/kad atm , handphone , jam tangan (basic kalau keluar yang kejap-kejap dan berdekatan)
Tambahan yang lain seperti berikut :

2) Telekung untuk solat
3) Pencuci muka dan bedak muka (untuk cuci muka kalau nak solat nanti, saya bukan seorang yang suka bermake-up tebal-tebalan. Itu sahaja sudah memadai. Make its simple but nice)
4) Pisau yang comel tu. Mcm dalam cerita perang-perang tu.  (terkejut x???)
5) Botol air yang mengandungi air kosong (setiap kali keluar rumah memang bawa air kosong senang nak minum . Sememangnya telah menjadi kebiasaan daripada dahulu , bukan sebab saya kedekut nak beli air yang harga rm.100 k.) 

4) 5 Orang sahabat yang anda sayang


  1. Berpewatakan sopan dan lemah lembut  (Finas) 
  2. Saat suka dan duka dikongsi bersama (Hajar )
  3. Tidak kedekut ilmu dan sentiasa sama-sama membimbing sahabatnya ke jalan diredhai Allah (Fiz)
  4. Tidak hipokrik bila berkawan dengan saya (Aus)
  5. Sahabat yang sentiasa menegur saya dgn cara yang berhemah .(kadang-kala saya ni kurang nak berhemah jadi pentingnya ada sahabat sebegini) (Ana)
Boleh plak bagi jawapan macam ni kan ...hihi~ anda nak bersahabat dgn saya tak? :)

5) 5 masalah diri anda yang tak pernah selesai
Aduh masalah diri ea.. erm erm ..
  1. Tangisan (susah nak didik diri ini agar tidak mudah menagis.Susah nak elak. Agaknya kena mandi bunga kot.. hehe. Org lain tengok pon muak menyampah) 
  2. Gemuruh Jiwa ( Jgn paksa saya jika saya tak nak. Biarkan dgn kerelaan hati saya)
  3. Cermin Mata (puas nak kurangkan rabun mata tapi sebaliknya makin meningkat kerabunan dan kesilauan ini .  Agaknya berapa banyak lagi sayur yang kena saya makan??  Makan sayur dah la memilih.T_T .Jgn mintak saya pergi leser mata.Saya tak mahu. Jgn suruh saya pakai contact lense. Tu pun saya tak nak.)
  4. Duit (mana-mana pergi segala-galanya duit . Selagi hidup didunia ini selagi itulah duit)
  5. Tidur ( Tak suka bila tidur diganggu. Bila terjaga akan sakit kepala) =,=''
6) Sudah berapa lama anda berbloger.
Alhamdulillah , sudah 3 tahun.

7) Apa yang best bila anda menjadi seorang blogger?
Perkongsian - Sahabat - Ilmu- Erti Kehidupan 

8)Apa pendapat anda tentang blog Nik?
Masa mula-mula blogwalking tentang blog ni. Ya Allah, cantiknya blog ini. Blog islamik! Saya suka sangat-sangat. Stalker umur. Baru 19 tahun. Mumtaz!kata-kata yang ada di entri Nik penuh dgn dakwah menasihati diri dan untuk para pembaca,di samping ada juga GA-GA yang Nik join.

9) Boleh kasi idea lagu yang sesuai untuk blog Nik?
Idea untuk lagu blog Nik ea ... (lagu yang biasa didengar halwa telinga saya. Kalau tak best maaf lah yek) >_<
Sahabat
Only You
I ThinkI Love

10) Boleh senyum tak masa jawab soalan daripada Nik?hehe. terima kasih.
Boleh sahaja senyum cuma bila jatuh soalan number 5 ada berkerut sikit dahi . Huhu

11) Boleh tak singgah blog kawan-kawan yang tersenarai dan juga blog En Ket?
Blog En Ket dah singgah . Awesome! stylo gitu. Blog yang lain belum sempat berkunjung lagi. In Shaa Allah akan berkunjung :)

Selesai sudah menjawab :) . Ukhti tak de nak tag sape-sape .. Ok ya.:))


           Jazakumullah Khairan Kathira

7 ulasan:

  1. hehe..suka stalker LA org..ghege..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hamboi timm ..haha ..stalker tinggal jejak tak pe.. kalau stalker tak tinggal jejak macam mane uh ... misterisss ..

      Padam
  2. blog sis mmg penuh dgn ketenangan sbb bunga ros putih ada :D hehe
    no. 3 tuh semua yg sis bwak yg tu jgaklah yg Misaki bawak :D yg telekung dah tbiasa sbb tiap kali jalan2 gi shopping mall ibu abah suh bawak.. pastu IC kalau tak bawak mmg taklah, takut jadik apa2 senang :D pisau mmg wajib bawak.. :D pelindungan diri :D ahaha cuma takdelah pisau rambo TT^TT (abah ada satu pisau rambo, rase nak amek je buat hak sendiri) ahaha XDD except botol air, kadang2 ja bawak :) sbb kalau kluar dgn kluarga time shopping ada org belanja, kalau kluar dgn kwn2, kwn shati sjiwa bagi kongsi air XDD ahahaha, so bwak telkung kongsi2 je :D ahaha

    5 masalah diri sis.. wow.. awat sama nih TT^TT ahaha XD
    mungkin sis emotional sikit bab perasaan :) Misaki pun, tak boleh kalau org buat lawak geganas sgt, mesti nak teriak, TT^TT tak pun kalau ada org jerkah dpan ramai org uwaaaaaa... menitik air mata tang situ jgak.. ahaha tu blum kalau tgok cita sedih... habis bengkak mata, tgok org happy pun nangis jgak.. adeh payahnya TT^TT except duit tak bermasalah pun buat masa nih :D hehe XDD

    blog dakwah nice :) nak visit XDD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si comel ni lg..thanx sudi mengomen ..hehe... ada persamaan di sini ya dik ..hehe ..
      visit lah..sgt awesome :))

      Padam
    2. hehe >///< malu..
      yups :D ada3..
      dah visit dah ^__^

      Padam
  3. Alhamdulillah .Terima kasih Kak Alynn sudi jawab soalan Nik . Haaa suka menangis ye ? Nik tak berapa arif tapi daripada pengalaman bila rasa macam diri tak kuat or nak nangis , Nik selalu beristighfar . Istighfar ni boleh kuat kan hati kita . InsyaAllah .

    Wahhh terima kasih untuk jawapan jawapannya . Lulus ujian . hehehe . yang pisau tu memang wajib bawak mana mana . Hehe tapi hati hati nanti orang cakap bawa senjata pulak . :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beristigfar sambil menangis Nik? Nik sgt kuat sebab mampu menahan air mata . Wanita dan air mata memang x dpt nk dielakkan even sekuat mana mereka pun . Wanita kalau menangis kan syoomel tp xmaulah yg jenis menagis yg meraung2 menjerit2 tu..isk2 ...xsenonoh ... ilang keayuan .. =,='' .

      Syukran sebab tag akk.. hehe ..Alhamdulillah..hoyeh-hoyeh akk lulus ujian . >_< . Thanx again Nik... :))

      Padam