Selasa, 27 Mei 2014

The Liebstar Award - Blogger Khamsi Abdullah #3

Assalammualaikum



(Banner tak dapat nak upload manjang loading sahaja =,='')
bila da ok nanti akan ditepek kat entri ini :p

Akhirnya baru ada sedikit kelapangan untuk menjawab semua pertanyaan daripada blogger Khamsi Abdullah. Sebenarnya awal2 nak jawab .Dukacitanya, setiapkali nak jawab je ada je halangan .Internet tibe2 slow bila nak jawab pertanyaan drpd blogger yg hebat ini . =,= hehe.



1.    Kenapa anda berblog?
Minat . Suka nak munulis2. Untuk tatapan family seandainya ku pergi dahulu sebelum mereka. 

2.    Sudah berapa lama anda berblog?
3 tahun da .Alhamdulillah .Kejap ada kejap xda.This year aktif cikit dgn blogger .

3.    Anda rasa anda berblog sampai bila?
Selagi saya masih kuat, selagi saya masih bernafas , selagi saya masih waras selagi itu saya akan menaip Selagi hayat dikandung badan .Cewah ! >_< .

4.    Anda pelajar ataupun bekerja?
Saya seorang pekerja!

5.    Apakah pendapat anda terhadap realiti kehidupan di Kuala Lumpur?. Di Malaysia bagi yang tak tinggal di Kuala Lumpur.
Truly! Bandar yang hebat tapi sebenarnya saya tak suka bandar yang sentiasa sibuk  . Saya suka keadaan yang tenang dan tak bising. Macam itu dok dalam hutan ajo lo yek.haha.Kalau sekadar melancong tak pe bukan utk menetap di sana. Memang tak lah. Tapi kalau diikutkan pun mana2 tempat ada kesibukan nak2 kalau kat pusat bandar. (ayat berpusing-pusing,bagi jawapan selamat.huu)

6.    Apakah buku yang anda rasa paling terkesan selepas membacanya? Kenapa?
1) Cerita Dari Syurga . Klik SINI untuk jawapan kenapa. (mudahkan kerja)hehe~
2)  Ahmad Ammar Satu Kematian yang Hidup Legasi 1993-2013 
Bila saya membaca buku ini, baru lagi beli beberapa bula yang lepas. Apa yang boleh saya simpulkan. Kesemua nilai-nilai murni terlihat ada pada dirinya. AnaK muda yang berjiwa besar.
Ibu bapa beliau adalah pendidik yang hebat kerana mampu mendidik anaknya dgn sifat2peribadi yang murni. Berbeza dgn ank2 muda zaman sekarang lebih leka dgn mengejar dunia daripada akhirat. Bukan kesemua tapi dgn kadar yang sedikit.Allahu akbar . 

7.    Apakah filem yang anda rasa paling terkesan selepas menontonnya? Kenapa?
Urm...byk filem yang terkesan tapi saya ambil yang paling tip top lah . Minat cerita hindustan ? Cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham -kisah keluarga,kasih sayang , adakalanya gembira adakalanya sedih . Dah banyak kali saya ulang tgk citer ni pun ,tetap nak sentap meleleh air mata bagai. Nak nak kalau kena part pada ibu (Minah meleleh) erk!T_T .

8.    Oleh sebab saya minat seni. Cabang seni apakah yang anda minati dan kenapa?
Saya juga minat seni! Melukis menconteng memang hobi dan menjahit . Huhu . Sebabnya bila saya melukis saya rasa puas . Kebiasaanya lukisan yang dibuat secara spontan ikut mood dan perasaan . (boleh plak macam tu kan)

9.    Apa yang anda nampak pada diri anda pada 5 tahun yang akan datang? (Kerja, kehidupan, ekonomi etc.)
Soalan ini panjang sikit jawapannya. Hope tak muak membacanya . :) Saya hanya mahukan pekerjaan yang boleh sara kehidupan saya dan kelurga pd masa akn dtg. Hidup di dunia ini segala-galanya perlukan duit. Tapi jgn jadi hamba duit pula.Seterusnya,mahu bekerluarga. Dari segi ekonomi stabil bebas daripada hutang . (PTPTN & Kereta).
Secara keseluruhannya 
saya mahu menjadi anak yang dapat menjalankan tanggungjawab seorang anak sebaik mungkin  kepada kedua ibu bapa , seorang isteri yang taat dan sentiasa di sisi suaminya saat susah senang, menjadi seorang ibu yang sentiasa membimbimg dan mendidik anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah . Moga dipermudahkan urusan saya untuk ke syurga selepas ini :’)

10.  Apakah pencapaian anda paling besar setakat sekarang?
Ada 5 pencapaian yang paling besarrrr bagi saya >_< (bukan niat mahu membangga diri)
1) Melukis poster peringkat kebangsaan kategori sekolah rendah dan peringkat negeri ketegori sekolah menengah.(saguhati jek)
2) Habiskan Diploma dgn jayanya . Last sem dgn result yang paling membanggakan hadiah untuk mak dan ayah. Dekan untuk sem akhir 4.00 plat . T_T menangis sedu sedan selama 5 sem berusaha yang terbaik kekalkan 3.00 pointer above .Macam tak percaya aje (macam terlebih-lebih je bercerita,saya suka sgt sebabnya saya bukan budak sek agama tapi mampu untuk dapat result lebih baik daripada yang bersekolah agama)
3) Baru 1 bulan kerja dah beli kereta comel . Baby white my love :)
4) 2 tahun bekerja dapat beli lappy baru pulak .
5) Paling best bila dah bekerja dah dapat merasa untuk memberi kepada kedua ibu bapa walaupun tak seberapa yang saya berikan T_T. (sorry lah wa memang cepat touching sikit kalau bab mak dan ayah ni)

11.  Apa nasihat anda untuk saya dan rakan bloggers?

Teruskan berbloger . Berbloger lah ke jalan yang benar sebabnya bila kita tiada lagi blogger ini juga boleh jadi satu jambatan kita sama ada ke
syurga or neraka.dan kalau ada info menarik or mahu soal jawab boleh ditag kepada saya. Saya suka! Berfikir dgn kritis dan kreatif . Cuma cepat dan lambat je saya balas. Kalau saya tak bls sila igtkan saya mungkin saya terlupa. =,=''

Sekian sahaja daripada saya. Sebenarnya saya tak da rasa nak tag sesiapa. Cuma nak tag kembali kepada blogger yang tag kepada saya. Khamsi Abdullah.Wajib jawab! 

1)Ceritakan serba sedikit biodata anda . 
2)Kenapa saya terpilih untuk di tag oleh anda untuk  LA?
3)Pada pendapat anda, realiti kehidupan anak muda zaman sekarang terjebak dengan masalah sosial?      
   Kenapa dan cara menangani?
4)Ayat al-quran yang sering anda amalkan ? kenapa?
6)Kenapa anda meminati seni? Seni yang paling diminati? Kenapa?
7)Apa nasihat anda untuk saya dan rakan bloggers? (soalan copy&paste :p)

Sekian ^_^

5 ulasan:

  1. Alamak..! Ini yang kita mahu. Taknak tag tapi tag saya balik ye? huh...

    BalasPadam
  2. btw, jawapan yang saya paling suka adalah pasal realiti hidup di KL dan no 9..pencapaian. Kebanyakan yang jawab, xde. Termasuk saya..huu

    BalasPadam
  3. mohon puas dengan penjelasan.. kalau tak puas, mohon isi form contact me kat blog saya.. ngehehehehe...zzZZZZZ..kroihh..kroih...

    http://stanzaku.blogspot.com/2014/05/not-liebster-awards-alynn-azman.html

    BalasPadam