Assalammualaikum
Tajuk segmen ni best lah. Jom kita support segmen Mummy ini pula . >_<
Pengalaman Alynn Puasa & Kueh Raya
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.
Apabila tiba musim ramadhan , Lynn lah yang paling semangat nak puasa dan raya .Seingat Lynn dan Mak pun ada cerita waktu Lynn baru mula-mula nak belajar puasa dahulu. Ketika itu, Lynn baru berusia 5 dan 6 tahun. Alynn masih ingat lagi sewaktu ini bila tiba bulan puasa sahaja Alynn lah yang paling rajin nak puasa. Sebab apa, ayah kata kalau tak puasa tak boleh raya dan dapat baju raya . Puasa penuh sehari RM1 , kalau setengah hari 0.50 sen. Budak-budak kan suka bila diupah dengan duit. hehe. Tak senonoh kak Lynn , puasa sebab nak dapat duit puasa plus duit raya lagi . Ketika Lynn puasa diusia ini, mak selalu cakap " Kalau tak tahank kakak mkn lah, puasa setengah hari " ayah tak marah pun. "Kakak kecik lagi" Tapi Lynn tetap berdegil. Kalau rasa tak tahan sangat Lynn akan tidur dan pergi kat peti sejuk. Sejukkan muka . hihi. Pada usia 7 tahun baru Lynn dapat puasa penuh. Upah duit puasa Lynn dapat sehingga Lynn Darjah 6 . Huhu
Kueh raya pertama Lynn buat yek? Lynn belajar buat kek . Kalau buat kuih raya. Alhamdulillah Lynn pandai buat. Waktu itu Lynn berusia 18 tahun. Kali pertama mak ajar dan tunjuk cara buat kek ,alhamdulillah menjadi sebabnya mak ada disebelah masa Lynn buat. Kalau salah mak tegurkan. Kali kedua Lynn try buat tanpa bantuan Mak. Apa yang jadi pada Kek Lynn tu tak masak-masak daripada tengah hari hingga malam. Malah macam gunung berapi mencurah-curah kek itu keluar dari loyang =,='' . Lynn tak cakap dengan mak pun yang kek tu tak masak-masak selepas 30 minit dibakar di dalam oven . Sehingga tiba waktu berbuka puasa, Mak tanye "Mana keknye kak ", Lynn takut nak cakap, cuma Lynn tersenyum sambil tersengih jek..heee . Bila respon Lynn macam tu, Mak dah faham dah mesti ada tak kena dengan kek yang Lynn buat tu. Bila mak tgk, Ya, Allah , Kakak!!! apa akak dah buat ni. Habis lecak dalam oven. Mak tanye berapa banyak tepung penaik Kakak letak?? Lynn cakap ntah xngat. Banyak juga kot. Hihi.
Sampai sekarang kalau tiba musim ramadhan dan raya, kalau cerita pasal kek, Mak , bukan setakat Mak sahaja malah ayah dan adik-adik selalu perli tentang kek gunung berapi Lynn buat . T_T . Semua gelak besar kan Lynn . Sabor ja la . Sekarang Alhamdulillah Lynn dah pandai buat kek. Kek Kosong(Basic), Kek Pelangi, Kek Coklat, Kek Batik .
>_< terpanjang lah pula storynye..hihi >_<
Cara menyertai segmen insya-Allah senang saja:
1- Follow blog dan google+ mummy (Ann-zack Smile)
(Done ! #1609 & #157)
2- Buat entri bertajuk 'Segmen Puasa& Kueh Raya Pertama' (Done !)
3- Tinggalkan URL link entri anda di ruangan komen di bawah. (Done !)
4- Bonus: Sediakan perengan ringkas tentang pengalaman puasa atau kueh raya pertama anda, atau ceritakan tentang kedua-duanya sekali. ~Optional~ (Done !)
5- Tinggalkan juga ukuran bahu anda dan saiz baju yang biasa anda pakai S, M atau L di ruangan komen atau dalam entri anda. Siapa tahu mungkin anda bertuah. ~Optional~
(Done ! ukuran bahu 14.5 cm , size M)
6- Senaraikan juga belog ini, ke dalam blog list anda yang sedia ada. ~Jika ada
( Tiada)
1. Menggalakkan blogwalking sesama peserta bagi menambah kenalan blogger dan rapatkan lagi ukhwah.
2. Total 30 Blog (dipilih secara rawak) akan di link di sini selama 3 bulan mengikut kategori (bermula dari hari pengumuman).
3. Akan mendapat Hadiah misteri berupa tshirt atau kemeja untuk wanita atau lelaki yang mempunyai referral tertinggi ke blog Macam² Ann untuk kategori Bonus.
Jazakumullah Khairan Kathira
Selamat bersegmen Alynn
BalasPadamAssalaamualaikum Alynn.. Salam perkenalan juger.. First time mummy singgah sini..
BalasPadamBagusnye Alynn ni, kecik2 dah rajin puasa.. Semoga kita terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah puasa...
Itulah manisnya bila terkenangkan pengalaman lalu..
Akhir kata, terima kasih dan selamat berblogwalking.
Selamat bersegmen Alynn :)
BalasPadamGood luck..
BalasPadamEira pun join gak segmen ni..
http://eiraaikawa.blogspot.com/2014/07/segmen-puasa-kueh-raya-pertama.html
singgah dari segmen yang sama
BalasPadamhttp://khudri2337.blogspot.com/2014/07/segmen-puasa-kueh-raya-pertama.html
singgah baca cerita rakan se segmen... selamat hari raya
BalasPadam