Khamis, 20 November 2014

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea

Assalammualaikum

Jom  bersegmen  :)


Klik SINI untuk join

10 FAKTA MENGENAI ALYNN
  1. Seorang blogger  sejak tahun Ogos 2011 , mula berentri Januari 2012
  2. Tahun hadapan berumur 25 tahun =,=''
  3. Hijau & Mawar Putih :D
  4. Melukis, mengarang & bergambar U_U
  5. Seorang pendiam apabila baru kenal , pemalu :P
  6. Tinggi-tinggi kereta viva ~_~
  7. anak sulung ^_^
  8. ice cream & coklat -_-
  9. aktiviti lasak O.o
  10. running man >_<
Ops! mcm lebih daripada 10 je ...saje combine2 kan .. Simple from me.

Jazakumullah Khairan Kathira



Wordless #5 : What'sApp vs Telegram

Assalammualaikum

Anda ada whatsapp??? if tidak ada mcm satu kepelikan. Zaman it zaman moden sumenye di hujung jari sahaja. Alynn pernah dipandang pelik bila rakan-rakan tanya ada whatsapp x? Alynn jawab tak de..belum nak ada lagi . Rakan-rakan pandang dengan pandangan yang pelik sambil berkata yek yek je tak de... T_T. So sekarang rakan-rakan xde nk pelikkan dan cemikkan muka lagi da.. Den pon da hado :P..

What'sApp vs Telegram 

Time kerja pun apa-apa info terut direct pada whatsapp . So tidak ada alasan info yang diberi tidak sampai ...hehe... =,=''

2 perkara wajib gadget yang wajib ada di hp Alynn "WHATSAPP & TELEGRAM"


Carian Pak Google :-p

So sekarang segala urusan telah beraleh kepada TELEGRAM... lebih ramai ahli dan tak perlu nak update je macam whatsapp. Pegawai yang pantau kami pun tak perlu pening-pening nak bg info byk kali. Apa yang Alynn tidak suke urusan kerja pun boleh sembang di group kerja.. PM personal kan boleh ... urusan kerja khas utk urusan kerja sahajalah..Buat orang keliru jek .(Kot ada yang terlurus bendul) =,=''

Whatsapp guna juga tetapi more pada group yg kecil . Pssst...byk plak group kat whatsapp kebiasaanya jadi silent reader jek ... hehe .. =,='' Mencelah tu ada tapi jarang sekali ..huhu..

Member2 ramai pengguna whatsapp... bila tengok member telegram semuanya rakan sekerja aje... hihi..

Sekian, sharing petang >_<

Jazakumullah Khairan Kathira


Rabu, 19 November 2014

Wordless #4: Si Pemilik Mawar Putih

Assalammualaikum 

Its Me , love white rose ..huhu

"Rasa Cinta yang ada dalam dirinya adalah Cinta Sejati dan sesuci bunga Ros itu "



Jazakumullah Khairan Kathira

Sabtu, 15 November 2014

Jom Follow & Exchange Link?


Jom support :)
 
 
 http://fieramyq.blogspot.com <--- klik untuk join

Jom sama-sama follow & exchange link :)

Jazakumullah Khairan Kathira

Craft Zone Keychain & Frame From Felt


Keychain Baju-T 
Part time craft with my siblings :)
 
 
 Ramai yang namanya bermula daripada huruf F ..

 Keychain Jubah ..huhu..if nak kata Baju T- Muslimah pun boleh :)

 
decoration from felt for frame :) , Sgt sesuai untuk dijadikan hadiah & cenderamata bagi yang sukakan hadiah daripada craftdan sukakan kelainan. :)

Jazakumullah Khairan Kathira.

Hati Ini Milik Allah


 Assalammualaikum



Benar kata daripada seorang kenalan :

Bila kita susah
Berduyun lari

Bila kita senang
Berduyun iri hati

Hati-Nov 2014

Ya, bukan mudah untuk menjaga dan memuaskan hati semua orang . Kadangkala kita sendiri terpaksa menyakiti hati sendiri tatkala kerana terlalu menjaga hati orang. Sehingga adakalanya sampai pada satu tahap kita tidak ingin dan tidak mahu ambil peduli akan semua yang berlaku di sekeliling kita. Daripada hati ini lembut boleh menjadi sekeras-keras hati. T_T .

Di mana silap diri ini??? Bila berbuat baik dikatakan membodek & terlampau rajin . Bila berdiam diri dikatakan sombong tidak ambil peduli. Bila kita hanya menjadi pemerhati dikatakan kita ini menyebuk dan kononnya iri hati. Bila kita bersuara dikatakan kita ini hanya ........ Adakah daripada riak muka ini yang sebegitu? Yang membuatkan orang berprasangka buruk terhadap diri ini. Ketahuilah,bahawa sebenarnya diri ini tidak kesah langsung dan hanya memandang dengan pemandangan yang kosong . Tiada rasa iri hati atau sebaliknya . Hanya berlapang dada tatkala melihat kamu semua bahagia. Tersenyum dalam tangis di dalam hati indahnya jika diri ini juga begitu .

Puisi  dari Sahabat Hamiza Hamidi :

Rezeki.
Kadang perlu dilambai-lambai.
Kadang perlu dijaga-jaga.
Kadang perlu ditahan-tahan.
Kadang perlu disekat-sekat.
Kadang perlu dipilih-pilih.
Kadang perlu dikongsi-kongsi.
Menerima ianya sebagai rezeki kita; itu selalu. Yang baik itu Barakah. Yang kurang itu peringatan Lunas Kafarah. Menerima ianya rezeki orang lain; ITU merbersihkan jiwa-redha.
Kita boleh Ada semua. Tapi kita tak boleh Punya semua.
Bersenyum-berlapang dada-tenang.
Yang Ada semestinya yang terbaik.
Yang tidak menjadi Ada selalunya itu lebih baik.
Allah selalunya mendatangkan ujian bersama kekuatan.
Kerana itu Allah selalu berjanji; menggantikan yang terbaik.
Mungkin di mata pernilaian manusia,
Ianya bukan yang terbaik.
Tapi memandai Allah tahu tiap apa yang lebih cukup terbaik buat kamu.
Manusia yang selalu-bercakap belakang,
Berterima kasihla-kerana sentiasa membiarkan kamu di hadapan
Untuk mereka yang-menjatuhkan kamu,
Ingatla; Dunya itu berputar.
Dan; Tuhan itu bukan Penghutang.
November ke - 10, 2014.
Periuk Nasi.

Setelah membaca puisi daripada seorang sahabat. Hanya perlu maju kehadapan tidak perlu menoleh lagi. Fokus apa yang berada dihadapanmu sekarang. Manusia boleh berkata bermacam-macam tentang diri ini . Akan tetapi jangan biarkan orang itu menjatuhkan diri kamu dan bersorak kegembiraan tatkala melihat diri ini jatuh tersungkur. 

Manusia ini macam-macam
adakalanya lebih suka melihat kejatuhan manusia
daripada meilhat kebahagiaan manusia
 
Pesan ustaz : 

Baik ataupun buruk itu terletak pada diri kita sendiri.
Jangan zalimi diri sendiri untuk perkara-perkara yang boleh  merosakkan hati ini.

Jazakumullah Khairan Khathira
#CintaHatiBloggerku.
#Adakalanya perlu diluahkan daripada terpendam
#Motivate my self

Isnin, 10 November 2014

Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape

Assalammualaikum 

Terima Kasih kepada Tuan Blog http://faridaredbellas.blogspot.com .
Lynn jadi teruja pula bila bercerita mengenai "DREAM ESCAPE" Sememangnuya semua insan mempunyai tempat-tempat yang diidam-idamkan nak pergi. Begitu juga Alynn.

So . Lynn nak pergi KOREA!!! negara 4 musim .
 Mula jatuh hati nak pergi Korea bila tgk cerita "Winter Sonata" & "Kimchi Raya"
 tambah-tambah termelekat dengan cerita Running Man . 
(Ubat gelak tak igt dunia) isk isk isk ...
Bila tah nak taubat t_t



Untuk ketahui mengenai segmen ini boleh klik sini-> http://faridaredbellas.blogspot.com


Nami Island 




Paling suka musim bunge ..feling2 romantik gitu. Oh Melting Melting...
Nak Honeymoon di sini lah nti ..keh keh keh :P
So amatlah sinonim dgn Tuan Blog yang Love sgt dgn Bunga >_<


Tempat-tempat lain Lynn dok skodeng blog ni.. hihi ..
Pemandangan yang mereka ambil tersgtlah cantik..

Melting melting oh melting .. :)




SubhanAllah...indah sungguh ciptaan Allah.. :)

Terima Kasih sudi baca blog kita... kalau yang dah pernah pergi Korea tu 
Tahniah lah ea.. I'm Jeles ..huhu

#Setiap insan pasti ada impian masing2 dan ini diantaranya dan tak lupa juga kepada rukun Islam yang ke-5 menunaikan Haji - Mekah . Semoga hajat ku tercapai untuk ketempat ini . Semoga diriku ini diberi kesihatan yang sihat untuk melaksanakan perintah daripada-NYA. In Shaa Allah .

                                            "Jazakumullah Khairan Khathira"


Nah 1st GiveAway By Anamizu

Assalammualaikum 

Support GA Anamizu !!!


Klik SINI untuk join

Jazakumullah Khairan Khatira

1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret

Assalammualaikum 

Jom join 1 Segmen drpd Budak  :)

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)

Jazakumullah Khairan Khatira

SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA

 Assalammualaikum 

Mau ambil mood berblog kembali setelah sekian lama menyepi >_< ..
 Amek mood dgn join segmen2 & GA dahulu .. :)

Klik SINI untuk join

Jazakumullah Khairan Kathira

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com

Assalammualaikum

Lama menyepi ale-ale terus nak join segmen drpd Kak ML. Jom support segmen Kak ML :)!



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.


Bahan-Bahan :-

  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)


Jangka Masa Penggunaan :-

Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.


Bugslock boleh digunakan semasa :-

  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air


Di mana boleh dipakai :-

  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi


Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk




Perhatian :-

Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.






Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.






WhatsApp & Line : 016 4858235





Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

( berikan jawapan anda di ruang ini )
"Saya tidak suka digigit nyamuk. Apabila digigit cepat sahaja kulit jadi merah berbintat-bintat dan adakalanya gatal if  kena gigit dgn mak @ bapak nyamuk yang gemok2 uh. " (ayat skema betul..hihi)



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Jazakumullah Khairan Khathira