Jumaat, 30 Mei 2014

Powerbank Giveaway

Assalammualaikum

Hari ini tangan gatal join segme-segmen.hehe.

Klik SINI untuk join

Apa yang Ukthi suka tentang blog adik :

Comel!!! :D . Pandainya berbloging 
Anak-anak zaman IT :)

Jazakumullah Khairan Kathira

Segmen 48jam mini blogwalking bersama Anis Zahirah

Assalammualaikum

Salam Sayyidul Ayyam :))
Dijemput oleh kak Anis Zahirah untuk join segmennya.
Jom kita memeriahkan dan support segmen ini. :D

Klik SINI untuk join.

#Note: Maaf saya takde IG >_<

Jazakumullah Khairan Kathira

Khamis, 29 Mei 2014

The Liebstar Award - Blogger Nik #4

Assalammualaikum


Suka-sukanya hati ini tak sangka ditag oleh blogger Nik pula, adik manis yang sopan santun budi bahasanya. Ok, Ukhti bagi maklum balas k.(Saja menggedik nak bahasa kan diri ukhti) huhu. Ukhti suke dgn soalan cepu mas daripada Nik :D

Sebenarnay LA yang di tag daripada Adik Nik awal-awal sudah disiapkan . Cuma bersarang dalam draf blog Ukhti gara-gara soalan yang number 9. Hehe . 
Upload-upload loading je last-last ukhti ambil link aja ya. 
(dah byr wifi still lembab..mungkin dah melebihi had penggunaan kot ) 

Ini adalah soalan daripada Adik Nik yang manis senyumannya .Hope suatu hari nanti jika diberi rezeki boleh lihat wajah Nik pula :) .
Dengan lafaz bismillhirrahmanirrahim ~

1) Satu perkataan yang menggambarkan diri anda
Tangisan . 
Sebabnya bila gembira menangis, sedih lagilah menangis .
Menangis gembira memang biasa depan org .Selagi boleh cover air mata.cover lah. Kalau dah tak tahan lagi mengalir juga tanpa dipaksa. 
Sedih tak tunjuk, sebelum tidur menangis sambil mendengar alunan zikir di hp,dalam kita menangis itu kita akan muhasabah diri dan akan lebih kuat selepas itu
kalau anda rasa meluat dgn tangisan saya sila jgn buat saya sedih .huhu.. Gembira xpe >_<

2) Satu perkataan yang menggambarkan blog anda.
Ketenangan . 
Sebabnya tgk la bunga-bunga dan dedaun yang segar mekar di blog saya. Kalau boleh blog tu muncul dalam
bentuk animasi lagi best dan ada haruman yang mewangi lagi .  Amboi, tak bersyukur langsung. isk sik sik. Lain orang lain cita rasanya, ye dak ? :) 

3) 5 benda wajib yang anda bawa keluar daripada rumah

5 benda wajib yang akan bawa masuk ke rumah tak de ke? hu ..gurau2 je Nik .
Sebelum keluar rumah tu jangan main keluar sahaja. Baca doa keluar rumah,naik kenderaan & ayat kursi
(sememangnya sentiasa diamalkan kemana-mana sahaja)

Macam lebih daripada 5 benda sahaja . =,='' . Kunci kenderaan tak lupa ..huhu


1) handbang/purse 


  • kad pengenalan, lesen memandu , duit/kad atm , handphone , jam tangan (basic kalau keluar yang kejap-kejap dan berdekatan)
Tambahan yang lain seperti berikut :

2) Telekung untuk solat
3) Pencuci muka dan bedak muka (untuk cuci muka kalau nak solat nanti, saya bukan seorang yang suka bermake-up tebal-tebalan. Itu sahaja sudah memadai. Make its simple but nice)
4) Pisau yang comel tu. Mcm dalam cerita perang-perang tu.  (terkejut x???)
5) Botol air yang mengandungi air kosong (setiap kali keluar rumah memang bawa air kosong senang nak minum . Sememangnya telah menjadi kebiasaan daripada dahulu , bukan sebab saya kedekut nak beli air yang harga rm.100 k.) 

4) 5 Orang sahabat yang anda sayang


  1. Berpewatakan sopan dan lemah lembut  (Finas) 
  2. Saat suka dan duka dikongsi bersama (Hajar )
  3. Tidak kedekut ilmu dan sentiasa sama-sama membimbing sahabatnya ke jalan diredhai Allah (Fiz)
  4. Tidak hipokrik bila berkawan dengan saya (Aus)
  5. Sahabat yang sentiasa menegur saya dgn cara yang berhemah .(kadang-kala saya ni kurang nak berhemah jadi pentingnya ada sahabat sebegini) (Ana)
Boleh plak bagi jawapan macam ni kan ...hihi~ anda nak bersahabat dgn saya tak? :)

5) 5 masalah diri anda yang tak pernah selesai
Aduh masalah diri ea.. erm erm ..
  1. Tangisan (susah nak didik diri ini agar tidak mudah menagis.Susah nak elak. Agaknya kena mandi bunga kot.. hehe. Org lain tengok pon muak menyampah) 
  2. Gemuruh Jiwa ( Jgn paksa saya jika saya tak nak. Biarkan dgn kerelaan hati saya)
  3. Cermin Mata (puas nak kurangkan rabun mata tapi sebaliknya makin meningkat kerabunan dan kesilauan ini .  Agaknya berapa banyak lagi sayur yang kena saya makan??  Makan sayur dah la memilih.T_T .Jgn mintak saya pergi leser mata.Saya tak mahu. Jgn suruh saya pakai contact lense. Tu pun saya tak nak.)
  4. Duit (mana-mana pergi segala-galanya duit . Selagi hidup didunia ini selagi itulah duit)
  5. Tidur ( Tak suka bila tidur diganggu. Bila terjaga akan sakit kepala) =,=''
6) Sudah berapa lama anda berbloger.
Alhamdulillah , sudah 3 tahun.

7) Apa yang best bila anda menjadi seorang blogger?
Perkongsian - Sahabat - Ilmu- Erti Kehidupan 

8)Apa pendapat anda tentang blog Nik?
Masa mula-mula blogwalking tentang blog ni. Ya Allah, cantiknya blog ini. Blog islamik! Saya suka sangat-sangat. Stalker umur. Baru 19 tahun. Mumtaz!kata-kata yang ada di entri Nik penuh dgn dakwah menasihati diri dan untuk para pembaca,di samping ada juga GA-GA yang Nik join.

9) Boleh kasi idea lagu yang sesuai untuk blog Nik?
Idea untuk lagu blog Nik ea ... (lagu yang biasa didengar halwa telinga saya. Kalau tak best maaf lah yek) >_<
Sahabat
Only You
I ThinkI Love

10) Boleh senyum tak masa jawab soalan daripada Nik?hehe. terima kasih.
Boleh sahaja senyum cuma bila jatuh soalan number 5 ada berkerut sikit dahi . Huhu

11) Boleh tak singgah blog kawan-kawan yang tersenarai dan juga blog En Ket?
Blog En Ket dah singgah . Awesome! stylo gitu. Blog yang lain belum sempat berkunjung lagi. In Shaa Allah akan berkunjung :)

Selesai sudah menjawab :) . Ukhti tak de nak tag sape-sape .. Ok ya.:))


           Jazakumullah Khairan Kathira

Rabu, 28 Mei 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalammualaikum

Apa khabar??? Selamat petang :) 
Petang ini mari bersegmen daripada blogger Izzati Amira 

Klik SINI untuk join

Dah klik ..mende ni yang keluar..benarkah???

Wish me luck >_<

Sekian

Selasa, 27 Mei 2014

The Liebstar Award - Blogger Khamsi Abdullah #3

Assalammualaikum



(Banner tak dapat nak upload manjang loading sahaja =,='')
bila da ok nanti akan ditepek kat entri ini :p

Akhirnya baru ada sedikit kelapangan untuk menjawab semua pertanyaan daripada blogger Khamsi Abdullah. Sebenarnya awal2 nak jawab .Dukacitanya, setiapkali nak jawab je ada je halangan .Internet tibe2 slow bila nak jawab pertanyaan drpd blogger yg hebat ini . =,= hehe.



1.    Kenapa anda berblog?
Minat . Suka nak munulis2. Untuk tatapan family seandainya ku pergi dahulu sebelum mereka. 

2.    Sudah berapa lama anda berblog?
3 tahun da .Alhamdulillah .Kejap ada kejap xda.This year aktif cikit dgn blogger .

3.    Anda rasa anda berblog sampai bila?
Selagi saya masih kuat, selagi saya masih bernafas , selagi saya masih waras selagi itu saya akan menaip Selagi hayat dikandung badan .Cewah ! >_< .

4.    Anda pelajar ataupun bekerja?
Saya seorang pekerja!

5.    Apakah pendapat anda terhadap realiti kehidupan di Kuala Lumpur?. Di Malaysia bagi yang tak tinggal di Kuala Lumpur.
Truly! Bandar yang hebat tapi sebenarnya saya tak suka bandar yang sentiasa sibuk  . Saya suka keadaan yang tenang dan tak bising. Macam itu dok dalam hutan ajo lo yek.haha.Kalau sekadar melancong tak pe bukan utk menetap di sana. Memang tak lah. Tapi kalau diikutkan pun mana2 tempat ada kesibukan nak2 kalau kat pusat bandar. (ayat berpusing-pusing,bagi jawapan selamat.huu)

6.    Apakah buku yang anda rasa paling terkesan selepas membacanya? Kenapa?
1) Cerita Dari Syurga . Klik SINI untuk jawapan kenapa. (mudahkan kerja)hehe~
2)  Ahmad Ammar Satu Kematian yang Hidup Legasi 1993-2013 
Bila saya membaca buku ini, baru lagi beli beberapa bula yang lepas. Apa yang boleh saya simpulkan. Kesemua nilai-nilai murni terlihat ada pada dirinya. AnaK muda yang berjiwa besar.
Ibu bapa beliau adalah pendidik yang hebat kerana mampu mendidik anaknya dgn sifat2peribadi yang murni. Berbeza dgn ank2 muda zaman sekarang lebih leka dgn mengejar dunia daripada akhirat. Bukan kesemua tapi dgn kadar yang sedikit.Allahu akbar . 

7.    Apakah filem yang anda rasa paling terkesan selepas menontonnya? Kenapa?
Urm...byk filem yang terkesan tapi saya ambil yang paling tip top lah . Minat cerita hindustan ? Cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham -kisah keluarga,kasih sayang , adakalanya gembira adakalanya sedih . Dah banyak kali saya ulang tgk citer ni pun ,tetap nak sentap meleleh air mata bagai. Nak nak kalau kena part pada ibu (Minah meleleh) erk!T_T .

8.    Oleh sebab saya minat seni. Cabang seni apakah yang anda minati dan kenapa?
Saya juga minat seni! Melukis menconteng memang hobi dan menjahit . Huhu . Sebabnya bila saya melukis saya rasa puas . Kebiasaanya lukisan yang dibuat secara spontan ikut mood dan perasaan . (boleh plak macam tu kan)

9.    Apa yang anda nampak pada diri anda pada 5 tahun yang akan datang? (Kerja, kehidupan, ekonomi etc.)
Soalan ini panjang sikit jawapannya. Hope tak muak membacanya . :) Saya hanya mahukan pekerjaan yang boleh sara kehidupan saya dan kelurga pd masa akn dtg. Hidup di dunia ini segala-galanya perlukan duit. Tapi jgn jadi hamba duit pula.Seterusnya,mahu bekerluarga. Dari segi ekonomi stabil bebas daripada hutang . (PTPTN & Kereta).
Secara keseluruhannya 
saya mahu menjadi anak yang dapat menjalankan tanggungjawab seorang anak sebaik mungkin  kepada kedua ibu bapa , seorang isteri yang taat dan sentiasa di sisi suaminya saat susah senang, menjadi seorang ibu yang sentiasa membimbimg dan mendidik anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah . Moga dipermudahkan urusan saya untuk ke syurga selepas ini :’)

10.  Apakah pencapaian anda paling besar setakat sekarang?
Ada 5 pencapaian yang paling besarrrr bagi saya >_< (bukan niat mahu membangga diri)
1) Melukis poster peringkat kebangsaan kategori sekolah rendah dan peringkat negeri ketegori sekolah menengah.(saguhati jek)
2) Habiskan Diploma dgn jayanya . Last sem dgn result yang paling membanggakan hadiah untuk mak dan ayah. Dekan untuk sem akhir 4.00 plat . T_T menangis sedu sedan selama 5 sem berusaha yang terbaik kekalkan 3.00 pointer above .Macam tak percaya aje (macam terlebih-lebih je bercerita,saya suka sgt sebabnya saya bukan budak sek agama tapi mampu untuk dapat result lebih baik daripada yang bersekolah agama)
3) Baru 1 bulan kerja dah beli kereta comel . Baby white my love :)
4) 2 tahun bekerja dapat beli lappy baru pulak .
5) Paling best bila dah bekerja dah dapat merasa untuk memberi kepada kedua ibu bapa walaupun tak seberapa yang saya berikan T_T. (sorry lah wa memang cepat touching sikit kalau bab mak dan ayah ni)

11.  Apa nasihat anda untuk saya dan rakan bloggers?

Teruskan berbloger . Berbloger lah ke jalan yang benar sebabnya bila kita tiada lagi blogger ini juga boleh jadi satu jambatan kita sama ada ke
syurga or neraka.dan kalau ada info menarik or mahu soal jawab boleh ditag kepada saya. Saya suka! Berfikir dgn kritis dan kreatif . Cuma cepat dan lambat je saya balas. Kalau saya tak bls sila igtkan saya mungkin saya terlupa. =,=''

Sekian sahaja daripada saya. Sebenarnya saya tak da rasa nak tag sesiapa. Cuma nak tag kembali kepada blogger yang tag kepada saya. Khamsi Abdullah.Wajib jawab! 

1)Ceritakan serba sedikit biodata anda . 
2)Kenapa saya terpilih untuk di tag oleh anda untuk  LA?
3)Pada pendapat anda, realiti kehidupan anak muda zaman sekarang terjebak dengan masalah sosial?      
   Kenapa dan cara menangani?
4)Ayat al-quran yang sering anda amalkan ? kenapa?
6)Kenapa anda meminati seni? Seni yang paling diminati? Kenapa?
7)Apa nasihat anda untuk saya dan rakan bloggers? (soalan copy&paste :p)

Sekian ^_^

Isra' Mikraj bukti kekuasaan Allah s.w.t

Assalammualaikum ....

27 Rejab 1435 Hijrah 
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah s.w.t

Siapa puasa hari ini ??? . Alhamdulillah ... :) 


 Solat itu tiang agama . 
(pencarian daripada pak goo)

Kredit untuk Kak Lya Blogger akifimtiyaz3 (BACA k :))

Sekian :)

Isnin, 26 Mei 2014

Menipu!!! Maafkanlah???

Assalammualaikum 

Siapa suka ditipu??? tak da seorang pun suka ditipu. Ada ke istilah menipu untuk kebaikan??? Still namanya menipu juga kan? Nak-nak bila ditipu hidup2 dgn insan yang amat kita kenali dan percaya selama ini. Adakah aku ini terlalu berlembut hati sehingga sewenang-wenangnya sentiasa diperlakukan sebegini. Bukan sekali tapi dah lali . Betul kata gerak hati aku. Dia menipu . Tapi aku tidak mahu berprasangka buruk terhadapnya. Lalu aku berdiam diri dan dia yang berterus -terang kepada aku. (bila ada org cuba berniat tidak baik pada kita mesti kita dapat merasainya)

Bila saat ini terjadi pada diri aku

~Bismillahirrahmanirrahim~

Belajar untuk menerima kenyataan
Belajar untuk menerima kelebihan dan kekurangan
Berterus-terang adakalanya amat menyakitkan
tapi
itu lebih baik daripada ditipu terus-terusan
Berdiam tak semestinya  tak tahu
cuma memberi agar sentiasa ada peluang kedua
Jangan sesekali menghukum hanya satu kesalahan yang kita tak suka
Bukan mudah untuk memaafkan 
tapi
itu lebih baik daripada berdendam
Belajar memaafkan kerana itu lebih mulia
Dengan itu hati lebih tenang
In Shaa Allah

dan bila ini berlaku terhadapku juga

Aku hanya mempunyai sedikit kesabaran 
dan
aku terlalu cemburukan insan yang mempunyai kesabaran yang tinggi
so sad!


Maafkanlah dengan hati yang berlapang dada alynn

Tidak ada yang selalu tabah setiap saat,ada lemahnya juga, namun saat itu terjadi berserah kepadanya pada Allah

La takhaf wa la tahzan innallah ma'ana. Qowiy! 

Qowiy Alynn!

Sekian

Birthday Giveaway By Yayaqazrin

Assalammualaikum 

klik SINI untuk join :))


Giveaway ni berlangsung dari 25 Mei hingga 27 Mei 2014/11:59 malam sahaja. Senang je nak join..syarat-syaratnya:-


SYARAT-SYARAT GIVEAWAY

1. Buat entry yang bertajuk Birthday Giveaway By Yayaqazrin di blog anda dan letakkan gambar header berikut ke dalam entry tersebut serta linkkan ke entry ini.

2. Follow yayaqazrin.blogspot.com

Hanya 3 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak.hadiah misteri sangat. 

wish me GOOD LUCK :)

Sekian


Segmen:Mencari Followers Mei

Assalammualaikum

Mari sama-sama memeriahkan segmen ini :D

klik SINI untuk join

Saya follower yg ke #21 >_<

Sekian

GIVEAWAY : SERONOKNYA RAYA BERSAMA SOTONG

Assalammualaikum 

Selamat Pagi ! 

Jom beraya bersama sotong ..Hehe

 klik SINI untuk join

Hehe .. jgn lupa print screen yg ini ok >_<
pah tu tepek dlm blog anda...
Saya terlupa tepek nasib baik owner blogger yg menganjurkan GA maklum pd sy..
hihi
Sorry xsengaja >_<







Dah follow jg blog ini :D even tak wajib .
GIVEAWAY BERMULA DARI 25/5/2014 HINGGA 25/6/2014
Semak penyertaan sehingga 30/6/2014
Umum Pemenang 1/7/2014

>_<

Doakan ea.

Sekian


Khamis, 22 Mei 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Assalammualaikum

Jom bersegmen !

Klik SINI untuk join :D

Promote Hadiah..HEHE

Hadiah-Hadiah Giveaway:(T&S)

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;

Tempat Pertama
1 X RM100

Tempat Kedua
1 X RM60

Tempat Ketiga
1 X RM40

Hadiah Saguhati
 5 X RM20

*Mr Random PILIH SAYA!PILIH SAYA ! .. >_<*

~Sekian~

Khamis, 15 Mei 2014

Segmen Jom Tambah Followers

Assalmmualaikum

Klik klik sebentar ^_^

Klik SINI untuk join :))

Rasanya belum terlambat join segmen ini memandangkan  belum ada tempoh tamatnya lagi .
So sebelum ditamatkan eloklah join . >_<

Jom Follow .:D 

~Sekian~

Rabu, 14 Mei 2014

The Liebster Award - Blogger Nur Madihah #2

Assalammualaikum 

Aku rase aku baru je selesai menjawab soklan yang di tag oleh TIMM di SINI . Tup tup ada lagi ha dok tag aku. Kali ini si kecil Madihah pula .Aku baru perasan . hehe . Sis jawab ea soklan Madihah bagi tak menghampakan adik comel ni :D . Mujur soklan tak banyak  . hehe ~ 

Liebster Award (Part 2)

Jom Jawab 8 soalan sahaja :)

Sejak bila kenal blog?

Kenal blog masa tahun 2009 semester 2 subjek ICT . Masa tu just berblog untuk exam sahaja ...T_T  klik SINI untuk melawat tapak blog yang lama . Baru nak kenal ICT so kelibut lah blog tu. (Da try nak kesan password tapi tak dapat jugak) Igt kalau tahu blog lama tu just renovation jek so tak delah blog yang INI

Mula aktif berblog sejak 27 Januari 2012 (copy & paste dr entri award sebelum >_<)

2) Perancangan masa hadapan?

Terlalu banyak perancangan sis . Kalau untuk jangka masa panjang sis mahu kehidupan sis sentiasa dibekkati Allah, mahu menggembirakan kedua ibu bapa sis sebaik mungkin dan menjadi seorang kakak yang betanggungjawab 
(semua insan inginkan semua ini)

Sekarang otak duk fikir nak kahwin memandangkan umur pun da meningkat . hihi. Masih dalam perancangan. tunggu putera masuk meminang T_T.

3) Pandai masak tak?

Sis suka memasak !!! Tapi.....

Sejujurnya sis xdelah pandai masak sangat . Just masak yang simple2 je.
Cuma sis kurang mahir masak masakan yang menggunakan bahan seperti santan ni . Haha . kadang2 tercair kadang2 terpekat. Kalau suh masak masakan yang ada cili padi sis on je laju >_<

4) Guna phone apa ye? Madi nak buat rujukan ni


Sis ada dua handphone .

First samsung keypand 

Paling berbakti sehingga sekarang terjatuh or tercampak macam mana pun still boleh guna lagi .

Second : HP Smartphone Zte (Rebet tahun lepas.haha)

Dah banyak kali tukar fon ada dicuri ada rosak last2 pakai yang murah jek .

Tanya lah pasal lappy Madi ..hehe .. orang dok beli fon canggih2 sis pulak dok beli Lappy baru >_< .


5) Siapa idola anda?



Rasulullah s.a.w , Aisya Humairah r.a dan My Mum


6) Nama manja anda?



Kakak, Linda dan Alynn


7) Berikan nama penuh anda. ^_^



Azlinda Binti Azman


8) Orang mana ye? Kut2 kampung kita ni dekat, boleh datang masa raya nanti. Heheh



Sis asal orang Melakeeee . :)


Berikut 12 soalan untuk rakan blogger yang akan ditag:

1. Berapa lama anda sudah berblogging?
2. Apakah pencapaian anda yang terbaik dalam dunia blog?
3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan blog? 
4. Anda anak keberapa?
5. Umur anda?
6. Apakah hobi anda selain berbloging?
7. Haiwan apa yang anda suka dan obsess!
8. Anda berasal dari mana?
9. Destinasi percutian anda yang paling havoc? 
10.Apakah impian dan cita-cita anda di tahun 2015?
11. Dimana letakknnya ruangan ulasan di blog anda ? (saya da cari tapi tak jumpa =.='')
12.Apakah pandangan anda terhadap bloger Alynn Azman?

Untuk The Liebster Award ini, saya nak tag :

(saya suka dengar lagu yang ada di blog blogger ini. Syahdu T_T)




Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com

Assalammualaikum

Sejak2 ni suka pula join segmen . Kali ini nak support segmen Mama pula >_<


Klik SINI untuk keterangan lebih lanjut

Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 


Follow Blog :



Like Page :

        

Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML danpublishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada 12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random
Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.


~Sekian~